May 17, 2011

makanan untuk benih ikan

salam,

Untuk ikan ketutu bersais 1 ke 3 inci, kami memberi pelbagai jenis makanan. Antaranya isi ikan yang di hancurkan bersama isi udang. Ikan ketutu suka kepada bau isi udang. Sekali sekala anti biotik (otc) di tambah di dalam makanan tersebut yang di beri kepada ikan dalam tangkoi atau fish tray. Untuk ikan yang baru berhenti makan plankton selalunya di beri makan jentik jentik yang di perkayakan dengan micro pellet (50-200u) atau isi ikan yang di hancurkan dan diberi kepada jentik kira kira 45 minit di beri kepada anak ikan.

salam

air

salam,

Saya mengunakan air bawah tanah dan air permukaan untuk ternakan ikan. Kami juga mengunakan semula air yang yang telah di gunakan. Untuk tujuan itu, semua air akan di nyah kuman dan lain lain jenis patogen dengan mengunakan chlorin. Kadar chlorine yang digunakan ialah 10 gram chlorine serbuk untuk satu tan air. Serbuk chlorine selalunya di cairkan dahulu sebelum digunakan. Selalunya, dalam cuaca panas, chlorine akan hilang dari dalam air dalam masa satu hari untuk kolam kami yang bersais 16 tan. Untuk memeriksa sama ada chlorine ada dalam air, gunakan chlorine checker yang di jual di kedai akuarium. cara guna ialah satu titik untuk 1 cc air. Selalunya kami guna lima cc air. Jika ada warna kuning pada air, bermakna chlorine masih terdapat dalam air.

eof

May 5, 2011

Alat penyaring ikan

Salam,
Antara elemen yang penting dalam pembenihan ikan ialah peralatan yang di gunakan. Salah satu alatan atau perantian yang amat penting ialah penyaring. Proses penyaringan yang betul dengan pengunaan alat yang betul membezakan keadaan ikan selepas proses saringan. Proses saringan yang salah akan menyebabkan ikan tertekan dan senang di serangf penyakit atau kulat (fungus).

Peralatan yang saya gunakan ini datang dari siam. Ianya amat efisyen dan ikan susah cedera kerana lobang yang di buat adalah amat licin dan ikan tidak boleh pusing/keluar semula.











eof