December 29, 2011

grading ikan ketutu

salam, ikan ini di saring untuk kali kedua. sais antara 1-2 ini dan terdapat juga beberapa yang lebih lagi. ikan ikan tetas pada 30 ogos lalu dan dalam proses putus susu (weaning) dari makan benda hidup ke makan benda mati.

















































kolam tanah

salam,

Dalam pembinaan kolam tanah, kebanyakan penternak membina kolam yang cetek,ie 1-3 kaki dari paras tanah dan di tambah 1-2 dua kaki batas. Atas nasihat beberapa orang rakan dalam industri ini, adalah lebih baik untuk membina kolam tanah yang lebih dalam atas dua sebab. 1.lebih banyak air di takung lebih bagus buffering yang akan ada. 2. air tak panas. Kolam yang cetek boleh menyebabkan air susut dengan cepat pada musim kering. Pada masa ini saya sedang membina beberapa kolam takungan air payau untuk ikan ketutu pada kedalaman antara 4 kaki pada satu sempadan dan 7 kaki di sempadan bertentangan dari paras tanah. Batas akan dibina pada ketinggian 5 kaki dalam 2 tinggat untuk mengelak keruntuhan tahan. Luas setiap kolam ialah 250 kaki X 150kaki sebanyak dua unit. 6 unit lagi ialah luas 40X100 kaki untuk buat benih ikan siakap.



Ini adalah salah satu benda yang saya jumpa dalam takungan air kami