salam, Pada musim panas yang baru berlalu, kami menghadapi banyak masalah di sebabkan cuaca yang melapau. Antaranya ialah ikan ikan mati akibat perlbagai sebab. Apabila cuaca panas, bakteria dan lain lain parisit membiak dengan cepat dalam kolam yang airnya tidak mengalir. Ini mengakibatkan ikan senang sakit. Perbezaan suhu melampau antara siang dan malam juga memberi tekanan kepada ikan dan mengakibatkan banyak ikan sakit. Faktor cuaca juga mengakibatkan plankton menjadi subor dan nisbah oksigen dalam air pada waktu awal pagi menurun mendadak. akibatnya banyak ikan tialpia dan tengalan yang mati. ikan ketutu juga mati jika air tidak di tukar dengan kerap.
Untuk tujuan ini, kami telah membina kolam simpanan air bersais 200kaki kali 100kaki dan dalam antaran 4-5 kaki dari paras tanah dan batas antar 4-5 kaki tinggi. untuk menapung air untuk tujuan pertukaran air dalam kolam yang harus di lakukan setiap hari. kayu bakau guna untuk menahan tebing kolam dari runtuh sebab tebing kolam yang tinggi. pada ketinggian asal 7 kaki dari paras air, tebing kolam telah runtuh kerana dasar kolam yang lembut menyebabkan bund runtuh.
eof