April 29, 2008

Induk Puyu mandul

Pada hari ini saya berpeluang berbual dengan seorang rakan dari Sg Besar, Selangor. Beliau adalah seorang pembeli dan penjual ikan dan benih air tawar. Antara yang menarik dalam perbualan tersebut ialah tentang pengalaman beliau untuk membuat benih secara aruhan untuk ikan puyu. Beliau berkata bahawa induk yang di suntik hormon tersebut adalah puyu baka siam yang beratnya lebih kurang 500gm. Selepas di suntik beberapa kali, puyu itu tidak mengeluarkan telur. Jadi beliau mengatakan bahawa kebanyakan puyu siam walau pun besar, ianya mandul.

Bila saya mengatakan bahawa puyu yang di suntik itu bukan mandul tetapi adalah puyu jantan yang telah di beri hormon betina supaya mempunyai bentuk badan puyu betina. Secara semulajadi, puyu betina dalah lebih besar dan anggun dari puyu jantan. Dalam gelak ketawa bahawa beliau telah menyuntik hormon bertelur kepada puyu nyah, beliau faham bahawa orang siam telah lebih kehadapan dari kita dalam arena akuakultur.

Sekianlah adanya.

PS : saya menjual benih puyu betina siam. lihat harga dalam http://dimensirebana.blogspot.com

No comments: