ikan ketutu dalam kolam-kolam ni ada antara 100-200 ekor, semua makan pellet. tengoklah airnya.
July 31, 2008
July 11, 2008
kolam ternakan awal untuk keli
ikan puyu, anabas testudineus,climbing pearch
Ini adalah benih ikan puyu yang telah diberi makan yang mengandungi estrogen pada jangkamasa sebulan. harga estrogen pada waktu ini ialah sekitar rm300 segram. anak ikan ini adalah lebih kurang 35 hari dan panjang antara 1-2 inci.
Oleh kerana semasa ikan ini kecil ia diberi makan makanan yang baik, ikan ini agak susah mati jika di bawa berjalan. Kadar pembesaran ikan ini ialah 7-8 ekor sekilo dalam masa 3-4 bulan di ternak. Makanan awal adalah berprotien tinggi dan selepas empat puloh lima hari guna makanan biasa. makanan dalam kolam tanah pada kadar 15% dari berat badan dan dalam kolam buatan pada kadar 20% dari berat badan sehari untuk 45 hari dan 5-7% dari berat badan selepas itu.

Labels:
anabas testudineus,
climbing perch,
ikan puyu
benih ketutu aruhan yang baru menetas
July 7, 2008
pembenihan secara aruhan
Pembenihan ikan ketutu secara semula jadi adalah amat mudah. Induk dimasukkan ke dalam kolam tanah yang telah di baja dan ikan akan bertelur secara semula jadi. Boleh mengutip anak ikan ketutu selepas enam bulan. Bagaimanapun, peratusan tetasan dan yang membesar ke sais yang boleh di ternak adalah pada kadar kurang dari 1 peratus. Ini adalah data dari FAO mengikut pengalaman di Thailand.
Kadar peratusan tetasan mengunakan teknik aruhan sehingga anak menjadi 1 inci ialah lebih kurang 9 %. Peratusan ini boleh meningkat dengan memperbaiki teknik pengasingan atau grading semasa ikan masih di dalam kolam asuhan sebelum di masukkan ke dalam kolam pembesaran. Peratus hidup dalam kolam pembesaran ialah 70%. Kadar ini tinggi kerana makanan yang di beri ketika ikan dalam koma asuhan menolong ikan membesar dengan cepat dan baik. jumlah keseluruhan peratusan hidup dari telur ke sais 5-6 inci ialah lebih dari 6%. Ini adalah lebih tinggi dari pembenihan ikan kerapu yang pada purata hanya boleh dapat 1-2% sahaja.

July 6, 2008
pakar runding akuakultur
Untuk para pelayar blogspot ini saya berterima kasih kerana sudi berkunjung. Dalam pada itu saya ingin tekankan bahawa tulisan saya ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan adalah journal peribadi untuk kegunaan persendirian (personal journal). Oleh itu ianya tidak ada tujuan perniaagaan kerana perkara itu saya telah sediakan dua blog lain yang berkait. Dengan itu, blog ini yang saya membenarkan komen dan pertukaran pendapat dengan pembaca tetapi bukan ruang sebagai penasihat atau pakar runding kepada projek yang di jalankan oleh para pembaca.
Oleh itu sebarang email atau komen yang memohon nasihat dan sebagainya, saya sedia menjawab dalam ruang forum di dalam bicarajutawan yang dikaitkan dengan blog saya.
Sekian untuk makluman

Subscribe to:
Posts (Atom)