Showing posts with label benih ketutu. Show all posts
Showing posts with label benih ketutu. Show all posts

July 1, 2015

saringan ikan ketutu

salam,

Setiap 75 -90 hari kami akan membuat saringan ke atas ikan ketutu di dalam kolam fiber. Hari ini kami menjalankan saringan ikan dari fua unit kolam. Pada bulan April lepas, sejumlan ikan bersaiz 2-3 inci telah di masukkan ke dalam kolam kolam ini. Antara sop yg perlu di ikut ialah

1. membanjirkan longkang

2. memilih pukat tadahan ikan

3. pilihan alatan saringan

4 penyediaan kolam saringan






Ikan yang telah di saring akan di masuk kan kedalam kolam mengikut sais. Terdapat beberapa ekor ikan bersais nala atau besar berlebih bersais 6 inci sementa purata ikan bersais 4 -5 inci sahaja.

eof

July 22, 2013

benih ketutu

Kami membuka tempahan untuk jualan benih ketutu 1-1.99 in pada harga RM2 sekor dan 2-3 inci pada harga RM3 sekor. Jualan adalah melalui tempahan kerana ikan perlu di puasakan sebelum boleh di bungkus untuk penghantaran. Kami tidak membuat penghantaran. Bagaimanapun penghantaran melalui bas boleh di buat tetapi ikan tidak di jamin.Jumlah minima 200 ekor. Ambil sendiri di Sg Petani Kedah. Sila talipon 0192710431. Semua benih adalah keluaran pusat pembenihan kami.


Our marble goby fry are open for booking and sale. All frys are from our hatchery and frys can be collected from our farm in Sg Petani during office hour. No add hoc purchase as fish must be prepared for travelling ie fasting for 24 hours. Fry size is at 1-1.99 inch at RM2/piece or 2-3 inch at RM3/piece. Minimum purchse is at 200 pieces. To get our fry please call 0192710431 (haji hanafiah) during office hour. Some deposit is required for purchase above 500 pieces and full payment on delivery.

eof

October 27, 2010

anak ikan ketutu

salam,

Kami telah menyaring dua kolam pada hari ini dan mendapat lebih kurang 4 ribu anak dalam sais 1 inci. Terdapat 5 ekor yang telah bersais 2-3 inci. Benih ini berusia sekitar 2 bulan dan akan di asuh sehingga 3-4 inci sebelum ternak untuk pembesaran. Pada masa ini mereka di beri makan nyamuk dan cacing sutera yang di perkayakan. Dalam pada itu, ikan ikan ini akan mula diberi makan pellet yang dibuat dari isi ikan kembung supaya ikan akan dapat menerima makanan yang tidak bergerak.


eof

August 27, 2010

ikan ketutu yang dah 7-8 hari dari tarikh tetas (7-8 dah)

salam, ini adalah batch pertama dari pusat pembenihan di sg petani dan berumor 7-8 hari. Induk ikan ini belum di suntik hormon sebenarnya untuk berteluk. Saya baru inject primer hormon, ie lhrha. 4 ekor induk telah bertelur pada hari sebut. Sekarang benih tersebut telah berumor 9 hari dan tinggal 3 hari untuk melepasi masa kritikal ia itu 12 hari. Ikan ikan yang lemah dan cacat telah mati dan yang tinggal adalah yang cergas sahaja.

pada 26/8 juga batch kedua telah menetas dan masih menyerap telur kuning dari perutnya sendiri.






Selapas hari raya, kami akan membuat benih ikan ini secara sepenuhnya.

August 21, 2010

anak ketutu

Salam, gambar benih ketutu yang baru menetas (kurang dari 12 jam).






eof


July 11, 2008

benih ketutu aruhan yang baru menetas

Anak ketutu berumor 60 hari , sedia untuk di masukkan kedalam kolam tanah untuk persediaan sebelum di gred dan di ternak dalam kolam buatan.

ikan berusia 13-15 hari dari batch telur yang sama



January 2, 2008

dragon net

To collect the marble goby fry, a number of methods and gears are being used or deployed by the collectors. Some use pvc pipes or hollow out bamboo as fish trap, some use net to pick out the fry at night as the come very very close to shore and lay ambush for their prey, or use line and hooks. Another equipment that is being used by the collectors is the dragon net or bubu panjang. This bubu have many opening for the fish. However, beware for the user. I have seen monitor lizard, water python, linang, and all kind of animal and fishes getting trap in this contrapment and getting them out of the net is another story by itself.

This net is about 20-25 feet long (7 meters) with iron rod as its bone. There weight on one side of its so weight down the net to the water bottom. There is more than a dozen opening for the fish to come in. This contrapment is quite effective in catching the marble goby fry and mature fish.

eof

December 30, 2007

hantar benih ketutu naik bas

Setiap kali kami membeli benih ikan k22 ki KL, ia mesti di hantar ke kolam di Sungai Petani untuk di pelihara. Ikan ini di masukkan ke dalam kotak poly foam dan di masukkan sedikit air yang telah di campur ubat penyah amonia. Selalunya k22 yang di bawa dengan air yang sedikit tidak kencing atau kencing sedikit kerana keadaan metobolism yang rendah.




Pada 29/12/07 kami telah menghantar 12 kg anak ikan dan tidak se ekor pun yang mati semasa penghantaran dengan menaiki bas. Kami selalunya memilih untuk menghantar ikan ini dengan bas ekspress yang jalan pada waktu malam.

eof

November 28, 2007

benih ketutu (as posted at kuamm on Nov 8, 2007

Antara treatment yang saya buat untuk benih baru ialah :

1. treatment garam kasar laut (dari australia rm13 untuk 50kg, dari cina rm9 untuk 50 kg tapi kotor berlumpur sikit) untuk bunuh parasit di badan ikan

2. treatment potassium permaganate untuk bunuh bakteria dan virus dalam air, insang, kulit ikan. Juga agar ikan senang bernafas sebab potassium boleh legakan insang ikan dan tambah kandungan oksigen dalam air. Garam adalah sebagai pemangkin untuk treatment ini.

3. Jangan kasi makan ikan selama treatment ini di buat.

4 Untuk rendahkan ph air, masukkan selai dua daun ketapang sebab banyak ikan air tawar suka ph yang rendah sikit.

bersambung...

benih ikan ketutu dari Sarawak. ( as posted at kuamm on 28-11-07)

Hari ini saya terima 30kg benih ikanK22 dari Sarawak. Dari pengamatan saya ada hang telah di simpan lebih dari sebulan dan ada yang baru seminggu di simpan. Saiz antara 400gm ke 50gm sekor. Ianya dibungkus dengan ubat anti amonia dan dimasukkan kedalam plastic bag dua lapis yang di ikan bucunya dengan getah. Bucu ini senang koyak. Kemudian di masukkan sedikit pure oxigen dan diikat. Bag plastik ini tidak kembung sepenuhnya sebab nanti dalam kapalterbang ianya boleh meletup. Ikan ini kemudiannya di masukkan kedalam kotak dan di hantar ke klia sebelum di hantar ke kedai kami di Jalan Klang lama.
Inilah ubat anti amonia. 5 ml (satu sudu teh) untuk 10 gelen air laut atau tawar.

Kami telah menyediakan tong tong yang telah di isi sedikit garam. Ikan yang telah di timbang di masuk kan kedalam tong ini dan di biarkan selama setengah jam. Di dapati 2 ekor ikan yang kecil tidak boleh hidup dan di keluarkan. Semua ikan ini bila sampai masih hidup. Selepas setengah jam, kami memasukkan sedikit potassium permaganate dan lampu di bilik itu di tutup. Semua tong mempunyai pump akuarium yang membuat air berpusing.

Dalam masa 24 jam kita akan tenguk ikan yang boleh hidup untuk di bela. kalau mati dalam masa tersebut kami akan dapat rebate dari penjual. hari sabtu ini ikan tersebut akan di hantar ke kolam kami di Sg petani melalui bas. Kita akan tenguk besok berapa banyak ikan yang survive.

November 27, 2007

Benih ketutu

Beberapa hari lepas saya telah mendapat 15kg benih ketutu dari para pengedar benih. Untuk pengetahuan pembaca saya lebih suka membeli benih secara timbang dan bukan sekor sekor kerana ini adalah lebih adil. Apa yang ingin saya paparkan ia lah bagaimana saya menjaga benih ikan yang baru sampai.

Sebelum ikan sampai, kami akan menyediakan beberapa tong dengan air yang bercampur sedikit garam. Pump di guna untuk menjalankan air atau membuat air pancut. Air hendaklah di simpan kira kira 24 jam sebelum di masukkan ikan. Tujuannya ialah untuk menyah sebarang bahan beracun yang mungkin ada dalam air seperti chlorine, amonia, dan besi.

Selepas di timbang, ikan dimasukkan ke dalam tong mengikut kepadatan yang di perlukan.dalam masa beberapa minit kita akan dapat kenal pasti ikan yang tidak berapa baik. Antara tanda tanda tersebut ialah : 1. ekor lurus ( sakit mati ekor), timbul (sakit kembong), terbalik (dah nak mati) mulut terbuka (dah nak mati) mata puteh ( sakit mata).

Jumlah ikan yang mati dan sakit tidak patut menyangkau 20% dan seelok eloknya 10% sahaja. Jika lebih 20% terdapat masalah semasa ikan ini di kendalikan sebelum di hantar. Kadang kadang trader tak ambil peduli sangat tentang keadaan ikan tersebut. Oleh itu kita sebagai pembeli mesti mendapat jaminan tentang ikan tersebut seperti jaminan 24 jam ie jika ada ikan yang mati dalam masa 24, penjual akan mengantinya.

Ikan yang telah dimasukkan kedalam tong akan di beri tenangkan dalam keadaan yang gelap dan senyap. Sedikit potassium permagnate di masukkan kedalam air. sehelai daun ketapang pun boleh di masukkan untuk menstabilkan ph air. Air yang di masukkan hanya lebih kurang 6-8 inci sahaja.

Dalam masa 24 ikan akan stabil dan paling lama ialah 48 jam. Jika ada yang nak mati, inilah masa nya. Ikan hanya di beri makan selepas 72 jam di bawa masuk. Jika ada ikan yang masih mati selepas 48 jam dan jumlah yang banyak, treatment mesti di buat termasuk menambah garam dan potassium. Untuk penternak yang telah biasa, formalin mungkin boleh menolong.