August 29, 2008

ternakan ikan

Semasa saya mengendali kursus ternakan ikan dan dari perbualan dengan kebanyakan penternak ikan, rata rata ramai penternak tidak memahami bidang yang mereka ceburi. Kebanyakan penternak menternak ikan mengikut cara yang diberitahu oleh penternak penternak lain tanpa memahami kenapa sesuatu perkara itu patut di buat. Salah satu perkara yang agak penting yang harus difahami oleh penternak ialah tentang usia ikan yang bersangkut paut dengan pemakanan dan pembesaran ikan.

Sebagai contoh. Anak ikan keli dipanggil anak sehingga berumor 30 hari dari masa ikan tersebut mula diternak di dalam kolam pembesaran. Dalam masa tersebut seperti juga dengan kebanyakan hidupan di atas bumi ini, ia memerlukan makanan yang banyak dan berkhasiat. Banyak bukan bermaksud sekali makan tetapi kerap dan pada jumlah yang di perlukan ia itu antara 15-20% dari berat badan. Ikan keli pada tempuh ini akan membesar dengan cepat dan kadar pembesaran pada tempuh tersebut adalah yang tertinggi. Ikan di beri makan 50% petang 20% tengahari dan 30% pagi. Jumalah makanan di kira setiap 5-6hari kerana ikan pada waktu ini membesar dengan cepat ia itu 2 kali ganda dalam masa 5-6 hari. 15 hari seterusnya ikan ini adalah dalam tempuh remaja atau juvenile dan kadar pemakanannya telah mula menurun kepada 10% dari berat badan. Kadar pertumbuhan badannya juga agak menurun pada tempuh ini. Selepas 45 hari, ikan keli telah matang dan kadar pertumbuhan badannya semakin menurun. Pada masa ini ikan cuma makan 5% dari berat badan dan pada kadar sekali sehari.

Dengan memahami perkara di atas, ikan boleh di ternak dengan baik dan boleh di jual dalam masa 30-45 hari. Ini adalah cara yang digunakan oleh para penternak yang berjaya.

Jenis protien dan kadar protien dalam makanan tersebut juga adalah penting.

And that is another matter all together.

eof

2 comments:

Anonymous said...

salam..saya pernah membuat sedikit kajian untuk ternakan seperti keli.pada peringkat telur menetas..benih2 ikan akan ditempatkan di satu kawasan atau bekas.kemudian apabila sampai masa contohnya 2minggu, anak2 ikan ni akan digred sebelum dibesarkan dalam kolam.so saya ade kemusykilan disini..kaedah pengredan yang dijalankan sebenarnya mengambil kira panjang ikan atau diameter ikan tersebut??sebab sebelum ni saya pernah pergi melawat pusat ternakan.mereka menunjukkan cara penggredan yang digunakan iaitu mengukur saiz bukan panjang ikan.jadi apakah cara penggredan yang sebenar?jika mengambil cara saiz..apakah diameter ikan untuk saiz kecil,sederha dan besar? dan jika pengredan dibuat secara ukur panjang ikan..berapakah panjang untuk yang paling kecil,sederhana dan besar?tq

HANAFIAH ABDUL RAHMAN said...

salam, saringan adalah berdasarkan sais kepala ikan yang selalunya memberi purata panjang ikan yang sekata. contoh lubang alat saringan 7 hun akan memberi sais ikan 2 inci sementara 8-9 hun memberi ikan 3 inci.