January 27, 2009

anchor worm

Hanneguya shaharini atau anchor worm yang khas untuk ikan ketutu timbul bila keadaan menjadi sesuai untuknya seperti air kolam yang sangat kotor, jumlah amonia yang tinggi dan sebagainya. Cacing ini melekat pada ikan seperti sauh dan bila ianya merebak ke insang ikan akan menghadapi masalah penafasan dan akan mati. Cara mudah mengatasi cacing ini ialah menyediakan persekitaran yang baik untuk ikan. Juga ikan liar yang belum di buang cacing jangan di campur dengan ikan yang sedang di ternak.

Jika ikan masih kena cacing ini, amalan biasa ialah mandian atau air garam setinggi 5-10 ppt. Jika ini tidak berjaya, air garam dan ubat serangga seperti dipterex atau duragon atau dimilin akan di gunakan mengikut kadar yang di syorkan. Dalam keadaan terpaksa, air juga boleh di tingkatkan kadar alkali mengunakan sodium bicarbonate (serbuk penaik) sebelum treatment garam dan racun serangga di gunakan. Selalunya cacing akan mati tetapi ada juga ikan yang akan mati. treatment mesti di buat berulang kerana cyst atau telur parasit ini boleh menetas dalam masa 3 hari. Ada penternak memasukkan 1 gram racun serangga dalam 1 kilo pellet yang di beri pada ikan selama 3 hari. Untuk gambar parasit ini sila liat posting lama.

eof

kertang,giant grouper

Ikan kertang apabila matang hampir semua akan bertukar menjadi betina. Kurang dari 1 peratus akan tetap menjadi jantan. oleh itu untuk menentukan ikan muda tidak bertukar menjadi betina, hormon jantan akan di berikan kepada ikan muda jantan dengan harapan ia tidak bertukar menjadi betina. Tetapi Allah akan menentukan hukumnya dan kita cuma berusaha.





tankap induk dengan berhati hati


letak ikan dalam air yang ada sedatif

mengenal ikan sama ada jantan atau betina



memberi dosage hormon testeron pada ikan induk jantan

Air hijau tu adalah di sebabkan oleh anti biotik acriflavin.
eof


January 3, 2009

keli mata kati kahwin keli afrika




bisa tak hilang sebab betina keli mata kati.

pembenihan ikan ketutu

turbo charger yang di gunakan untuk pengudaraan
benih 1.5-2 inci yang di beli oleh pelangan dari kota baru kelantan dan mancis, negeri sembilan. Dalam dua minggu ada yang dah besar jari kelinking

induk ketutu tengah menunggu untuk bertelur

tempat ketutu bertelur




NO comment will be entertained.