January 27, 2009

anchor worm

Hanneguya shaharini atau anchor worm yang khas untuk ikan ketutu timbul bila keadaan menjadi sesuai untuknya seperti air kolam yang sangat kotor, jumlah amonia yang tinggi dan sebagainya. Cacing ini melekat pada ikan seperti sauh dan bila ianya merebak ke insang ikan akan menghadapi masalah penafasan dan akan mati. Cara mudah mengatasi cacing ini ialah menyediakan persekitaran yang baik untuk ikan. Juga ikan liar yang belum di buang cacing jangan di campur dengan ikan yang sedang di ternak.

Jika ikan masih kena cacing ini, amalan biasa ialah mandian atau air garam setinggi 5-10 ppt. Jika ini tidak berjaya, air garam dan ubat serangga seperti dipterex atau duragon atau dimilin akan di gunakan mengikut kadar yang di syorkan. Dalam keadaan terpaksa, air juga boleh di tingkatkan kadar alkali mengunakan sodium bicarbonate (serbuk penaik) sebelum treatment garam dan racun serangga di gunakan. Selalunya cacing akan mati tetapi ada juga ikan yang akan mati. treatment mesti di buat berulang kerana cyst atau telur parasit ini boleh menetas dalam masa 3 hari. Ada penternak memasukkan 1 gram racun serangga dalam 1 kilo pellet yang di beri pada ikan selama 3 hari. Untuk gambar parasit ini sila liat posting lama.

eof

1 comment:

keli_jaguh said...

salam
saya menghadapi kesukaran apabila membuat proses meng"asuh rega.setiap kali membuat perahan induk betina ,benih itu menetas dgn jayanya.yg menjadi masalah pada saya ,bila melepasi 4 hari yg pertama bermulalah episod duka untuk anak benih td....ia akan mati sedikit demi sedikit hinggalah semuanya mati,untuk pengetahuan ,saya menggunakan takungan simen,adakah ini antara faktor kegagalan dalam proses pembenihan.bg yg mengetahui bagaimana utk mengelak perkara ini berlaku..tq