Salam,
Saya ada memberi beberapa komen tentang perkara ini dalam posting yang lepas. Untuk makluman, saya rasa lebih dari 50% keli yang di gunakan di Malaysia adalah dari Siam. Perkara ini berlaku ialah kerana jumlah hatchery di Malaysia amat kurang dan kepakaran penternak Malaysia juga agak rendah. Ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan di sini. Antaranya ialah :
1. penyakit ikan yang di bawa bersama dengan benih dari siam. saya tahu berjuta ekor anak ikan yang di bawa dari siam dari awal bulan 12 sehingga kini telah kena penyakit bengkak insang dan mati. Masa baru di bawa ikan berkeadaan elok tetapi selepas tiga hari, bila telor parasit di insang itu menetas, ikan akan mati dalam jumlah yang banyak. Ikan boleh mati sehingga 90% salam masa seminggu. Saya menerima maklumat anak anak ikan ini di ternak di seluroh semenanjung sehingga ke Johor. Pihak yang bertanggung jawap membuat kurantin di sempandan tidak dapat berbuat apa apa kerana masa sampai di sempadan ikan berkeadaan baik. Penyakit ini pernah hampir memusnahkan industri ikan keli di Kedah/Perlis pada satu masa dulu.
2. kebanyakan ikan siam adalah dari jenis dominannya keli Afrika. Selalunya ia akan di campur dengan kacukan keli afrika dan rusia bull head. keli afrika penerimaannya agak kurang di Malaysia kerana dagingnya agak liat dan kurang daging. Penternak yang berpengalaman akan dapat membezakan keli afrika/afrika dan keli afrika/rusia dan keli keluaran Malaysia afrika/rusia. Keli eksotika amat kurang dikeluarkan kerana susah nak buat benih dan jumlah telur yang sedikit. Dari pengamatan saya, kadar pembesaran keli keluaran tempatan lebih baik dimana ialahnya lebih cepat membesar sehingga 2-3 minggu lagi cepat dari benih keli siam. Ini mungkin kerana pemakanan awal yang di beri atau kualiti anak yang di jual.
3. dari pengamatan saya juga, kebanyakan hatchery besar yang secara dominannya di usahakan oleh penternak berpengalaman bukan Melayu mendapatkan benih dari siam. Komen mereka bila di tanya kenapa tak buat benih sendiri, jawapannya yang selalu ialah susah buat benih, senang - tak payah inject, tak payah jaga induk, tak payah tarik, tak payah grading. Dalam pada tu mereka juga komplain yang bukan semua benih siam tu elok, banyak juga yang berkualiti rendah. Rata rata penternak bukan melayu ini ialah dari generasi kedua pembekal benih ikan dan telah berhubongan dengan pembekal siam lebih dari 20 tahun. Kebanyakan pembekal dari siam adalah dari daerah satun dan patalong. yang bagusnya, jabatan perikanan daerah dari siam yang promote ikan mereka ke Malaysia.
salam
2 comments:
salam Tn Haji, boleh saya tau kali Rusia, apa nama saitifik nye?
tq
jazakallah
salam, species yang sama dengan american bull head
Post a Comment