March 10, 2009

keli matang

Salam,

Ikan keli yang di pasarkan di Malaysia untuk makanan di pasar dan di kedai makan kebanyakannya bersais 5/6/7/8 ekor sekilo. Ikan pada sais ini, ikan keli baharu sahaja melepasi tahap remaja atau juvenile dan masih belum matang. Kebanyakan ikan di ternak dari kecil ie 2-3 inci. Pada tahap kecil dan remaja, ikan ini sangat aktif dan kuat makan. Saya mengesyorkan pemakanan antara 15-20 % dari bw atau berat badan sehari dan kebanyakannya pada waktu petang atau malam. Pada tahap ini ikan mempunyai fcr sekitar 1:2 di mana ikan ini memerlukan 2 kilo makanan untuk menjadi sekilo ikan.

Selepas tahap juvenile, ikan akan makan pada kadar yang amat rendah serendah 3-5 % dari berat badan sehingga matang dalam berat badan sekilo sekor. Purata fcr ikan keli dari kecil sampai matang ialah antara 1: 1- 1.3.

Di luar negara, cara pemakanan agak berbeza dengan kita dimana mereka lebih gemar kepada ikan besar atau isi ikan sahaja dalam bentuk fish ball atau fish fillet.

Kesimpulannya ialah ikan keli Malaysia di makan semasa ianya paling mahal kerana pada waktu itu fcr ikan ialah 2. Alangkan lebih baik bagi penternak jika kita dapat menjual ikan di mana purata fcr ialah 1-1.3 ia itu masa ia nya matang 800gm-1.5 kg sekor.

p/s : kebanyakan ikan yang di eksport ke siam pada harga antara RM2.6-2.7 adalah keli matang.

salam

No comments: