July 10, 2010

kolam pembenihan dan ternakan ketutu

Sambungan dari pada blog tempuh hari, pusat pembenihan saya semakin hampir siap. Dalam gambar di bawah, latar belakang gambar tersebut ialah Gunung Jerai dari arah Sg Petani.

Kolam fiber bersais lima meter baru sampai.
kolam fiber dipasang kepada base unit.


kolam siap untuk di fabricate lantainya.


Bangunan belakang tu ialah bahagian pemprosesan makanan, stor makanan, bilik sembahyang dan pejabat.
Bahagian bawah kolam fiber di fabricate on site. Pakar fiber datang dari Johor di ketuai oleh en. Rustam dan rakan rakan dari lombok. Tabik kepada mereka sebab boleh tahan bau gam dan gatal dari fiber glass. Bilik sejuk mula di pasang oleh rakan rakan Kg Bukit kecik yang di ketuai oleh saudara Hamizon.


Longkang mula di pasang oleh awi, bai dan mat dari madura.






Kolam kolam bagi fasa 1 sebanyak 20 unit yang telah siap di pasang pada 28/6/10. Tunggu air dan letrik dan sistem air dan angin.

eof