November 25, 2012

pembesaran ketutu

Salam, ramai yang bertanya tentang kadar pembesar ketutu.

Dari telur sampai 4 inci (50-60gm) :10bulan-setahun
Dari 4inci- 9-10 inci (400-500gm) : 12-14 bulan
Dari 500gm-800/1000gm : 6-8 bulan

Ini adalah kadar purata. Jadi dari telur ke 800/1000gm ialah antara 2.5 tahun ke 3 tahun.

Ini adalah kenapa saya tidak mahu menjual anak bersais 3-4 inci sebab benih liar cuma berhara RM3-4 sahaja walhal kami terpaksa bertungkus lumus membesarkan ikan ini dengan izin Allah selama setahun untuk mendapatkan sais yang sama. Harga yang patut untuk sais itu ialah sekitar RM8-10 !

Oleh itu jangan ingat saya lokek atau sombong kerana tidak ingin menjual benih ikan ini tetapi pada harga pasaran ikan liar, harga 3-4 ringgit itu tak berbaloi.

air yang sesuai untuk ketutu

salam.
Pada pamiran maha 2012 saya telah di minta oleh pihak MARDI menunjukan ikan ketutu yang kami ternak dari telur sehingga besar. Ramai pengikut blog ini yang datang dan ramai yang bertanya keadaan air yang sesuai untuk ternak ketutu. Dari pengalaman saya, air yang sesuai ialah air yang banyak dan tidak sejuk ie bukan air yang terus dari bukit. Penyakit ikan ini i.e. perasi,t selalunya terjadi dalam air yang mempunyai kadar amonia yang tinggi. parasit ikan ini juga mempunyai kitaran hidup selama 21 hari dari telur sampai mati. jika kita boleh gangu kitaran ini, ia akan hilang.

Dalam pada itu, pada pandangan saya, air yang paling sesuai untuk menternak ikan yang bersais 4 inci ke atas ialah didalam air payau yang mempunyai kadar kemasinan antara 4-10 ppt  (part per thousand) dan ph (power of hydrogen) antara 8-8.5 (alkali). Dalam keadaan ini, parasit ikan ketutu ia itu anchor worm tidak boleh hidup. Ikan juga lebih galak makan dalam keadaan air payau.

eof

siakap air tawar

salam,

Sejak beberapa bulan yang lepas kami telah mencuba menternak ikan siakap dalam kolam air tawar. kami dapati pembesarannya lebih baik dari ikan tilapia tetapi memerlukan pengudaran yang lebih dari tilapia. Pembesaran ikan siakap air tawar adalah sekali ganda lebih cepat dari tilapia. Dari segi pemakanan kami mengunakan ikan baja dan campur dengan pellet yang di beli. Dari segi rasa, tidak ada perbezaan antara ikan yang di bela dalam air masin/payau dan yang ternak dalam air tawar. Bagaimana pun sifat aggresif dan pemangsa ikan siakap ini tetap ada dan cara ternakan mesti berhati hati terutama semasa saringan kerana sirip tepi ikan siakap yang tajam boleh mencederakan ikan ikan ini.

Untuk penternak yang berada di sekitar Sg. Petani yang ingin mencuba menternak ikan siakap ini dalam kuantiti yang sedikit, kami menyediakan benih dari 3 ke 5 inci dengan harga antara RM1.60-1.80 se ekor untuk minima 50 ekor. Untuk membeli, pembeli mesti membawa tong dan mesin pengudaraan sendiri. Ikan ini pada sais besar sukar untuk  dibawa dalam beg plastik kerana senang cedera.

eof

kursus ternakan ikan di ladang di Sg Petani

Kursus ternakan ikan ketutu siri 1 ialah pada hari Sabtu, 2 hb Mac, 2013. Kursus tentang teknik ternakan ikan ketutu ini ialah untuk satu hari sahaja di ladang kami di Kg Bukit Kecil, Sg Petani Kedah ini yuran ialah RM400 termasuk makan minum. Sila layari blog hhtp//dimensirebana-kursus.blogspot.com tentang cara pendaftaran.

October 6, 2012

tarikh kursus ternakan ikan ketutu

salam semua, tarikh untuk kursus ternakan ikan ketutu yang akan datang ialah pada 10 November, 2012 di Sg Petani, Kedah. Sila Link ke blog kursus untuk cara cara mendaftar.

tq

June 26, 2012

benih ikan untuk di jual

benih ikan yang ada pada masa ini di sg petani ialah :

benih siakap (air payau) : 2 inci- 65 sen
                       3.5-4.5 inci - rm1.25

siakap air tawaq pun ada.

keli 3-4 inci : 10 sen

kerapu harimau hybrid : 2 in rm4.5 , 3 inci rm7

ketang hybrid pun ada sedikit.

April 19, 2012

ikan kembong

 
Salam, salah satu penyakit yang biasa di hadapi oleh ikan ketutu ialah penyakit kembung perut. untuk mengatasi perkara ini ialah dengan menjarangkan masa memberi makan ikan supaya makanan sempat hadam. kami memberi makan ini 2 hari sekali.

March 10, 2012

kolam simpanan air

salam,  Pada musim panas yang baru berlalu, kami menghadapi banyak masalah di sebabkan cuaca yang melapau. Antaranya ialah ikan ikan mati akibat perlbagai sebab. Apabila cuaca panas, bakteria dan lain lain parisit membiak dengan cepat dalam kolam yang airnya tidak mengalir. Ini mengakibatkan ikan senang sakit. Perbezaan suhu melampau antara siang dan malam juga memberi tekanan kepada ikan dan mengakibatkan banyak ikan sakit. Faktor cuaca juga mengakibatkan plankton menjadi subor dan nisbah oksigen dalam air pada waktu awal pagi menurun mendadak. akibatnya banyak ikan tialpia dan tengalan yang mati. ikan ketutu juga mati jika air tidak di tukar dengan kerap.



Untuk tujuan ini, kami telah membina kolam simpanan air bersais 200kaki kali 100kaki   dan dalam antaran 4-5 kaki dari paras tanah dan batas antar 4-5 kaki tinggi. untuk menapung air untuk tujuan pertukaran air dalam kolam yang harus di lakukan setiap hari. kayu bakau guna untuk menahan tebing kolam dari runtuh sebab tebing kolam yang tinggi. pada ketinggian asal  7 kaki dari paras air, tebing kolam telah runtuh kerana dasar kolam yang lembut menyebabkan bund runtuh.

eof

January 1, 2012

rakan


Salam, rakan baik saya Sdr Mahmud akan pencen pada 1/1/12. beliau telah bekerja dengan saya dari june, 1993 sehingga sekarang. Hampir 19 tahun. lama nye. thank you Mahmud. You are a jolly good fellow.


lagi pasal grading ikan

salam, ini adalah lumpur atau sludge yang tinggal selepas grading. ikan sedang di gred secara manual tapi guna tapis yang standard.














ikan yang di tangkap adalah yang lahir pada 1 mei dan dalam 3-4 inci.
eof







benih siakap

salam, hobby baru sekarang ialah buat benih siakap. kalau nak order pon boleh. ini adalah gambar anak yang lahir pada 15 muharram ie, 11 disember dan anak 1 safar atau 26 disember, 2011.





























benih ketutu 1/1/12

Salam, ini ialah proses penangkapan induk, pemilihan, penyuntikan hormon sehingga ikan bertelur dan mula menetas pas 1/1/12.


Ajar anak anak tentang jantan betina ikan.







































ikan mula mengawan













ikan buang telur















ikan 1 DAH



eof