salam,
Sejak beberapa bulan yang lepas kami telah mencuba menternak ikan siakap dalam kolam air tawar. kami dapati pembesarannya lebih baik dari ikan tilapia tetapi memerlukan pengudaran yang lebih dari tilapia. Pembesaran ikan siakap air tawar adalah sekali ganda lebih cepat dari tilapia. Dari segi pemakanan kami mengunakan ikan baja dan campur dengan pellet yang di beli. Dari segi rasa, tidak ada perbezaan antara ikan yang di bela dalam air masin/payau dan yang ternak dalam air tawar. Bagaimana pun sifat aggresif dan pemangsa ikan siakap ini tetap ada dan cara ternakan mesti berhati hati terutama semasa saringan kerana sirip tepi ikan siakap yang tajam boleh mencederakan ikan ikan ini.
Untuk penternak yang berada di sekitar Sg. Petani yang ingin mencuba menternak ikan siakap ini dalam kuantiti yang sedikit, kami menyediakan benih dari 3 ke 5 inci dengan harga antara RM1.60-1.80 se ekor untuk minima 50 ekor. Untuk membeli, pembeli mesti membawa tong dan mesin pengudaraan sendiri. Ikan ini pada sais besar sukar untuk dibawa dalam beg plastik kerana senang cedera.
eof
1 comment:
bagaimana cara untk membeli nya? perlu tempahan terlebih dahulu?
Post a Comment