Dari segi rasa mentah, tiram bakau mempunyai rasa kelat/pahit sedikit selepas makan sementara tiram batu tidak mempunyai rasa tersebut sebaliknya mempunyai rasa sedikit lemak. Tiram bakau enak dimasak dengan telur sebagai telur dadar yang di gulung dan dimakan sos. Saya makan makanan ini di The Wharf, San Francisco pada tahun 1981, sedap. Isi tiram bakau boleh di beli pada harga antara RM50-60 sekilo.
Tiram batu atau tiram susu sedap di makan mentah dengan lime atau lemon. Rasa tiram batu yang segar lebih sedap dari tiram batu beku yang di impot kerana tiram segar masa ada rasa laut (kemasin-masinan) selain dari rasa manis yang membuat kita nak makan lagi. Tiram batu segar yang di simpan baik boleh hidup 3-4 hari selepas keluar dari laut dan dijual mengikut sais A (lebih dari 4.5 inci ) dan B (lebih dari 3.5 inci) pada harga antara RM3-6 sebutir.
Tiram sais A.
Tiram di buffet di restoran ( gambar dari internet)
eof
No comments:
Post a Comment