June 20, 2013
sewa bot pancing
salam semua, kami sediakan sewa bot untuk memancing sekitar Sg Merbuk dari Teluk Bayu sehingga Tanjung Dawai dengan pemandu untuk sehari dari 9 pagi sampai 5 ptg pada harga RM170 satu bot. Sesuai untuk 3 orang. Untuk sampai Pulau Bidan atau Telur, sewa RM350. Sila tel 0192710431 untuk tempahan.
sangkar ikan
Salam, aktiviti pagi ini ialah menghantar ikan kerapu harimau dan tilapia dari tangki fiber di kolam ketutu ke sangkar di dalam Sungai Merbok dari pengkalan teluk bayu, ie lebih kurang 1 km. Yang ada dalam gambar ialah Mat (baju merah, jean biru), Qori (baju merah seluar khaki,) pak ngah ( baju biru topi mengkuang) Aris ( baju puteh), dan Asri (baju belang)
June 14, 2013
ayam belanda
salam,
At the farm, we have some chicken, guinea fowl, and duck. we also grow pandan coconut, mangoes, durian belanda, and rambutan.

May 19, 2013
May 8, 2013
projek baru
Saya dalam proses menyiapkan sangkar dan dangau untuk menternak siput sudu/tiram di teluk bayu, kg bukit kecik, simpor, sg petani, kedah.
qori tengah ukuq kayu 3/4 untuk buat paha sangkaq.
kayu beli di kilang jalan bumbung lima /kuala ketil
aiyak pasang sampai kayu ni nanti.
May 2, 2013
ikan haruan
salam, saya baru bermula membuat benih haruan mengunakan benih yang di tangkap liar. Benih haruan ini akan di ternak sehingga panjang lebih kurang 6 inci sebelum di ternak dalam kolam ternak.pada masa itu berat badan lebih kurang 30-50gm. Di jangkakan ianya mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk mencapai besar itu. Kini kami ada antara 6-7 ribu anak bersais 1-4 incia.
| anak haruan |
November 25, 2012
pembesaran ketutu
Salam, ramai yang bertanya tentang kadar pembesar ketutu.
Dari telur sampai 4 inci (50-60gm) :10bulan-setahun
Dari 4inci- 9-10 inci (400-500gm) : 12-14 bulan
Dari 500gm-800/1000gm : 6-8 bulan
Ini adalah kadar purata. Jadi dari telur ke 800/1000gm ialah antara 2.5 tahun ke 3 tahun.
Ini adalah kenapa saya tidak mahu menjual anak bersais 3-4 inci sebab benih liar cuma berhara RM3-4 sahaja walhal kami terpaksa bertungkus lumus membesarkan ikan ini dengan izin Allah selama setahun untuk mendapatkan sais yang sama. Harga yang patut untuk sais itu ialah sekitar RM8-10 !
Oleh itu jangan ingat saya lokek atau sombong kerana tidak ingin menjual benih ikan ini tetapi pada harga pasaran ikan liar, harga 3-4 ringgit itu tak berbaloi.

air yang sesuai untuk ketutu
salam.
Pada pamiran maha 2012 saya telah di minta oleh pihak MARDI menunjukan ikan ketutu yang kami ternak dari telur sehingga besar. Ramai pengikut blog ini yang datang dan ramai yang bertanya keadaan air yang sesuai untuk ternak ketutu. Dari pengalaman saya, air yang sesuai ialah air yang banyak dan tidak sejuk ie bukan air yang terus dari bukit. Penyakit ikan ini i.e. perasi,t selalunya terjadi dalam air yang mempunyai kadar amonia yang tinggi. parasit ikan ini juga mempunyai kitaran hidup selama 21 hari dari telur sampai mati. jika kita boleh gangu kitaran ini, ia akan hilang.
Dalam pada itu, pada pandangan saya, air yang paling sesuai untuk menternak ikan yang bersais 4 inci ke atas ialah didalam air payau yang mempunyai kadar kemasinan antara 4-10 ppt (part per thousand) dan ph (power of hydrogen) antara 8-8.5 (alkali). Dalam keadaan ini, parasit ikan ketutu ia itu anchor worm tidak boleh hidup. Ikan juga lebih galak makan dalam keadaan air payau.
eof

siakap air tawar
salam,
Sejak beberapa bulan yang lepas kami telah mencuba menternak ikan siakap dalam kolam air tawar. kami dapati pembesarannya lebih baik dari ikan tilapia tetapi memerlukan pengudaran yang lebih dari tilapia. Pembesaran ikan siakap air tawar adalah sekali ganda lebih cepat dari tilapia. Dari segi pemakanan kami mengunakan ikan baja dan campur dengan pellet yang di beli. Dari segi rasa, tidak ada perbezaan antara ikan yang di bela dalam air masin/payau dan yang ternak dalam air tawar. Bagaimana pun sifat aggresif dan pemangsa ikan siakap ini tetap ada dan cara ternakan mesti berhati hati terutama semasa saringan kerana sirip tepi ikan siakap yang tajam boleh mencederakan ikan ikan ini.
Untuk penternak yang berada di sekitar Sg. Petani yang ingin mencuba menternak ikan siakap ini dalam kuantiti yang sedikit, kami menyediakan benih dari 3 ke 5 inci dengan harga antara RM1.60-1.80 se ekor untuk minima 50 ekor. Untuk membeli, pembeli mesti membawa tong dan mesin pengudaraan sendiri. Ikan ini pada sais besar sukar untuk dibawa dalam beg plastik kerana senang cedera.

kursus ternakan ikan di ladang di Sg Petani
Kursus ternakan ikan ketutu siri 1 ialah pada hari Sabtu, 2 hb Mac, 2013. Kursus tentang teknik ternakan ikan ketutu ini ialah untuk satu hari sahaja di ladang kami di Kg Bukit Kecil, Sg Petani Kedah ini yuran ialah RM400 termasuk makan minum. Sila layari blog hhtp//dimensirebana-kursus.blogspot.com tentang cara pendaftaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)