September 16, 2009

induk ikan

Harta terpenting untuk satu satu pusat pembenihan ialah induk berkualiti. Penyediaan induk adalah antara kerja kerja yang penting dan rumit kerana tanpa pengurusan induk yang baik, agak sukar untuk mengeluarkan benih berkualiti. Induk boleh di dapati dari punca liar atau punca ikan yang di ternak. Ikan ikan tempatan, benih liar boleh di cari, tetapi untuk ikan mendatang seperti keli afrika/rusia, tilapia, dan patin, induk datang dari kolam.

induk krai (puntius daruphani)


induk jelawat puteh

induk tengalan (puntius bulu)
Untuk kami, semua induk yang di gunakan adalah yang di ternak dari kecil sama ada dari punca liar atau punca ternakan. pada masa ini antara induk yang kami ada ialah keli afrika/rusia, keli kampung, puyu bendang, puyu air payau/siam, sepat siam, patin buah, krai, tengalan,tapah tilapia merah/hitam, dan pating mekong. Ada induk yang sudah matang, kecuali induk tapah dan patin mekong.




Untuk menjadi induk, ikan mesti di pilih dengan baik dan di beri makan makanan yang sesuai. Ini termasuk vitamin dan sebagainya. Pemilihan ikan yang sesuai untuk di jadikan induk adalah berdasarkan pengalaman dan ini selalunya dilakukan secara percubaan dan kesilapan (trial and error). Pengalaman ini juga adalah harta kedua yang penting dan pengalaman ini bertambah secara semula jadi semakin lama kami beroperasi. Itulah sebabnya pusat pembenihan yang berjaya selalunya yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun dalam bidang ini. Jika setakat setahun dua, masih banyak yang perlu di pelajari.
eof

3 comments:

PMMEnterprise said...

hj. x bela induk ketutu ke?? pasaran ketutu kan dikira paling mahal..

HANAFIAH ABDUL RAHMAN said...

induk ketutu kami ada dalam 800-1000 ekor.

Anonymous said...

Hj. kami pernah mengikuti kursus hj pada bulan jan 2010. tetapi kami masih confuse bab nak buat makanan sendiri, campuran bahan2 yang diperluka.