October 25, 2009

pembenihan ikan puyu



Salam,

Dalam saya dan mei menjalankan kaji untuk pembenihan puyu beberapa perkara menarik telah kami temui. Untuk makluman, pembenihan puyu kami jalankan dalam tong yang selalu digunakan untuk membawa ikan keli. Ikan ikan puyu yang telah di tetaskan dalam bilik penetasan akan di lepaskan dalam kolam asohan yang berdindingkan batu dan lantai konkrit.

Kolam yang di gunakan ialah berdimensi 4 meter kali 4 meter dan 2 kaki dalam. Hasil yang di keluarkan adalah amat mengecewakan walaupun ikan boleh membesar dengan cepat. Selepas beberapa kali mencuba dan hasilnya tidak baik, saya telah mula memantau proses yang di gunakan oleh adik ipar saya, mei dalam membuat pembenihan ini puyu ini.

faktor yang di pantau :

1. induk : jantan dalam 200 gram sekor dan betina dalam 300-400gm sekor
2. jumlah benih yang menetas : sekor induk dalam 20,000 ekor anak
3. makanan asas: moina hidup dan beku
4. paras air : 1.5 kaki
5. kepanasan air 30-35 oCpada waktu 3 petang.

Dengan mengubah paras air ke 2.5 kaki, kepanasan telah turun ke 29 oCdan jumlah puyu yang hidup telah naik dengan mendadak. kajian ini akan di teruskan dengan mengunakan kolam simen yang bertutup orkid 70% diatas. Ini akan dijalankan pada minggu hadapan.

Malam tadi 10 pasang puyu telah di tetaskan dan akan di masukkan dalam kolam konkrit berdasar tanah dan air sedalam 2.7 kaki dan setengah di tutup dengan penutup hitam orkid.
kolam benih puyu di kg bukit kecik, simpor, sg petani, kedah
eof

1 comment:

afiq syahamah said...

http://afiqsyahamah12.blogspot.com/2011/09/assalamualaikum-dan-salam-sejahtera.html