December 24, 2010

hormon

Salam,

Salah satu isu penting dalam industri pembenihan ikan ialah hormon untuk mengalakkan ikan bertelur dan matang. Pada masa ini hampir semua penternak mengunakan hormon yang telah di sediakan oleh pembekal seperti overprim dari syndel dan overtide. Masalah yang timbul ialah 1. hampir semua ikan yang telah di cuba mengunakan hormon hormon syntetik ini ialah ikan air sejuk atau dari negeri beriklim sederhana. 2. potency atau kekuatan hormon hormon ini yang telah siap di campur dalam betuk cecair. 3 untuk hormon seperti hcg, harganya amat mahal dan terdapat banyak birokrasi untuk membelinya. 3. pelajar/tecnician perikanan juga tidak diajar teknik membancuh hormon hormon ini. 4. tidak dapat banyak kajian yang disiarkan (publish)di public domain tentang pengunaan hormon hormon ini untuk ikan ikan malaysia oleh pihak jabatan perikanan atau pihak universiti.

Untuk saya, hormon yang di gunakan ialah hormon yang di dapati dari negeri cina yang di bawa dari siam dan di dapati dalam bentuk serbuk. Dari segi harga, lhrha boleh di beli pada kadar 2mg pada harga rm 90 atau hcg pada kadar 10k iu pada harga rm95. Hcg di Malaysia pada jumlah 15k IU pada harga RM400-500. lhrha pada kadar 2mg berharga rm360.

bersambung.

December 10, 2010

saringan ketutu

salam. Dalam menternak dan mengasuh ikan ketutu, saringan mengikut sais adalah sangat penting kerana ikan ketutu adalah jenis pemangsa yang akan memakan ikan yang sais lebih kecil darinya. Saringan boleh di buat secara visual atau mengunakan alat saringan. Saya mengunakan pukat yang berlainan sais untuk menyaring ikan. Sais pukat mengikut inci dan hun ia itu satu inci ada lapan hun.

Saringan secara visual boleh di buat jika ikan tidak banyak ia itu dalam 100 ekor, jika tidak rambang mata. Pukat di guna untuk ikan yang banyak. Pukat boleh diguna berlapis lapis mengikut keperluan. Yang penting ikan di dipaksa untuk berpindah dari satu lapisan atau pukat ke lapisan seterusnya untuk menghindar ikan tercedera. saringan tanpa paksaan akan mengambil masa dalam 5-6 jam.

Ikan yang cedera semasa saringan amat mudah di serang kulat dan bakteria. Untuk tujuan memulihkan ikan yang cedera, kami mengunakan malicite green (3 ppm), acriflavin (3ppm) dan copper sulfite (8ppm). Air juga ditukar setiap hari. Rawatan akan mengambil masa 2-3 minggu dan banyak anak ikan akan mati semasa rawatan.

October 27, 2010

anak ikan ketutu

salam,

Kami telah menyaring dua kolam pada hari ini dan mendapat lebih kurang 4 ribu anak dalam sais 1 inci. Terdapat 5 ekor yang telah bersais 2-3 inci. Benih ini berusia sekitar 2 bulan dan akan di asuh sehingga 3-4 inci sebelum ternak untuk pembesaran. Pada masa ini mereka di beri makan nyamuk dan cacing sutera yang di perkayakan. Dalam pada itu, ikan ikan ini akan mula diberi makan pellet yang dibuat dari isi ikan kembung supaya ikan akan dapat menerima makanan yang tidak bergerak.


eof

October 26, 2010

Salam. Ikan yang di tetaskan pada hujung bulan Ogos dan awal bulan September telah mula di saring. Terdapat beberapa ekor yang terlebih sais tetapi puratanya ialah antara 1-1.3 inci. Terdapat lebih kurang 5 ribu ekor yang sedang di asuh untuk mendapatkan anak 3-5 untuk di ternak untuk tujuan pembesaran.

Pada minggu ini kami akan menyaring beberapa kolam lagi dan dijangkakan akan terdapat antara 4 ribu anak pelbagai sais. Satu lagi kolam akan di saring pada bulan hadapan.

Saringan di buat menggunakan pukat bilis pelbagai sais dari 1-5 hun. (satu inci ada lapan hun).

eof



















October 11, 2010

MARBLE GOBY FRY

Salam, updates of the status of the fish fry.
These fry is about 14 day from DAH



This fish is about 45 day from DAH




eof

disaster

Salam. A tornado (puting beliong) strucked our village on sunday 26/9/10 at about 2:30 in the afternoon. About 300 houses and premises in the area of Simpor mainly Bukit Kecil and Batu Lintang were effected where trees were uprooted and roof flown off. Some houses were totally demolished while quite a number were hit by trees and other debris. As a heavy down fall occured from late afternoon till the next morning, many villagers are not able to save many of their belonging. Power only resume late into the night and most of us did not switch on the electricity for the fear of being electrocuted for there are water everywhere. Even the primary school and mosque were not spared as the tornado went on its rampage.



We have its worst and it effected all three of our hatcheries. We accept it a challenge from Allah and started our cleaning up and repairs right away. Quite a number of marble goby frys died as cold rain water get into their tank late into the evening and we are not able to switch on the heater. We were able to kept the air blower on using the emergency blower that run on petrol. It was the next morning that we realized that a lot of our cabling system have been severed by the storm. In the old hatchery, almost all of the office and hatching room roof was torn off leaving only the training center intact. At the same time, most of my employees home were also effected.














Still, we are thankful to Allah that nobody was seriously hurt by the storm. A friend who was resting above the office sprained both his ankle jumping down just as the the roof went down.
















September 16, 2010

benih ketutu

Salam semua, selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

Ini adalah gambar gambar anak ikan kumpulan pertama yang di tetaskan di pusat pembenihan kami di Sg Petani. seperti dalam blog yang lepas, ikan ini bertelur pada 16/8/10 dan menetas pada 17/8/10 dan mula makan pada 19/8/10. sekarang ikan ini telah berumor antara 26-27 hari dan pajang antara 2-3cm. jumlah yang ada wallahualam. Ada beberapa batch selepas ini dan berumor antara sehari dan 16 hari. Jumlah cuma akan di ketahui bila kami mula membuat grading.

eof


August 27, 2010

pusat penetasan ikan tilapia




Salam semua. kami telah memulakan pembenihan tilapia di pusat pembenihan kami di kg bukit kecik, sg pasir, sg petani. saya juga sedang menyediakan induk ikan krai dengan makanan yang sesuai untuk mematangkan telur yang di kandung. insyaAllah, selepas raya, kami akan cuma membuat pembenihan ikan ini.

ikan ketutu yang dah 7-8 hari dari tarikh tetas (7-8 dah)

salam, ini adalah batch pertama dari pusat pembenihan di sg petani dan berumor 7-8 hari. Induk ikan ini belum di suntik hormon sebenarnya untuk berteluk. Saya baru inject primer hormon, ie lhrha. 4 ekor induk telah bertelur pada hari sebut. Sekarang benih tersebut telah berumor 9 hari dan tinggal 3 hari untuk melepasi masa kritikal ia itu 12 hari. Ikan ikan yang lemah dan cacat telah mati dan yang tinggal adalah yang cergas sahaja.

pada 26/8 juga batch kedua telah menetas dan masih menyerap telur kuning dari perutnya sendiri.






Selapas hari raya, kami akan membuat benih ikan ini secara sepenuhnya.

cara buat air lift

Salam semua. untuk buat air lift, cari paip seperti di bawah. harga dalam rm 6.5-7.5 dan getah minyak yang tebal dan mempunyai lobang antara 6-8mm. tebuk lobang di bahagian yang pendek dan masukkan getah angin sehingga seperti yang saya tunjukkan di bawah. Se eloknya, letakkan pemberat di bahagian paip yang panjang.Air dan angin akan bercampur dan bergerak dalam satu hala.Airlift boleh di buat dengan di satukan dengan protien skimmerseperti di bawah
eof







August 21, 2010

telur ketutu

Telur ikan ketutu. setiap 1 in per segi ada 400 biji.




eof




benih ketutu sehari

Gambar benih ikan ketutu berumor sehari di bawah mikroscope.

eof

kolam ketutu

gambar gambar kolam pembenihan ketutu.


kolam tanah untuk ternak planton bilik penetasan












eof

anak ketutu

Salam, gambar benih ketutu yang baru menetas (kurang dari 12 jam).






eof


August 4, 2010

induk ketutu

Mula mula tangkap induk.



Lepas tu tunjuk ikan.

Akhir sekali, cocok ikan
Adoi sakit macam kena gigit semut. ikan ni semua dah duduk dalam air berais pada suhu 18C sebelum di cocok.


Kemudian lepaskan ikan dalam kolam induk.





eof

induk ketutu

Induk (brood stock) ini kebanyakannya telah di ternak lebih dari dua tahun. Yang jantan kebanyakanya adalah lebih dari 800gm dan yang betina antara 600-800gm. Semua induk ini adalah ikan liar yang di ternak dari benih sebesar 50gm dan di beri makan pellet 100%.




Bila sua ke depan, nampak besar sikit. Itu sebabnya perut selalu nampak besar sebab ianya kedepan sikit?!






eof