May 19, 2014

ternak udang marin

salam, saya baru habis mencuba ternak udang putih untuk satu pusingan. Oleh kerana musim kemarau di utara yang menghadkan jumlah tukaran air, masa ternakan untuk mencapai 100 ekor sekila mengambil masa lebih kurang 100 hari walhal tempuh ini boleh di pendekkan jika air dapat di tukar dengan lebih kerap. Pada masa ini harga kilang  udang 100 ekor sekilo  adalah agak rendah ie rm 18.50 sekilo di sebabkan banyak udang murah dari thailand. Juga banyak kolam udang menghadapi masalah penyakit udang dan udang terpaksa di tangkap walaupun harga semasa agak rendah

Beberapa  perkara yang saya belajar dari ternakan ini ialah

1. jumlah kumbahan dari udang adalah agak banyak dan harus di tangani dengan betul.


Yang tengah tu ialah bahan buangan terkumpul dari ternakan udang.

2. pukulan dari kipas kolam udang boleh menghakis tebing kolam udang dengan cepat. Dalam masa 4 bulan hampir sekaki tebing kolam telah di hakis. Oleh itu reka bentuk kolam udang dan peralatan yang di gunakan mesti betul dan sesuai dengan topografi dan sumber air di kawasan ternakan.


3. Untuk pusingan kedua nanti sistem kincir angin yang baru yang di tiru dari  kolam udang rakan di Yan mengunakan axle kereta berpacuan belakang ie kereta lama dan di sambung kepada motor satu horse power, 3 fasa, dan 3 pole. 

4 untuk mengelak kan pemangsa di kolam udang, pukat di pasang keliling kolam secara mendatar. Burung dan ketam akan tersangkut di pukat.

5. Jangan simpan jumlah makanan yang banyak pada satu masa sebab makanan udang cepat mereput.

6. Ph air mesti dikawal baik kerana udang senang sakit jika kemasaman rendah dari 7. Seeloknya gunakan kapor sekerap mungkin kerana udang juga perlukan kapor atau calsium yang banyak ketika menukar kulit.

eof




May 2, 2014

kelulut

salam,  beberapa kenalan mengatakan terdapat banyak sub species kelulut dan setiap satu menpunyai  perangai yang berlainan. Mereka berpendapat semua ini dapat dikenal pasti dari bentuk dan warna serombong pintu masuk ke sarang koloni. Saya masih cuma memahami perkara ini termasuk perangai ( garang  atau baik ), warna kepak, warna badan, jumlah madu, dan rasa madu. mari kita lihat serombong masuk kelulut yang saya ternak.

yang ni malas buat madu dan cengge
 malas juga dan cengge


rajin buat madi dan tak cengge


yang di dari koloni yang sama di atas tapi telah di pindahkan dengan teknik swamming

rajin buat madu

 cengge dan penakut. belum ada madu lagi

rajin buat madu dan ramai drone

rajin dan cengge



rajin tapi slow


rajin dan banyak madu

Sarang madu baru

 lembab tapi baik

 baik tapi malas.
 eof

pembenihan ikan

salam, beberapa pembaca bertanya macam mana kami boleh membiakan ikan ketutu pada jumlah yang besar dan mereka gagal membiakan ikan ini. Kebanyakan cuma sampai hari ke 12  atau hari 17 dari tarikh tetas dan hampir semua ikan mati.

Bagi saya, ada beberapa sebab ikan ini mati.

1. kulat . telur ikan ini tidak menetas serentak seperti ikan keli dan hampir semua ikan lain ie dalam tempuh masa 1-4 jam, semua telur menetas.ikan ini mengambil masa 3-7 hari untuk menetas semua. ini menyebabkan air dalan kolam tetasan kotor dan sesuai untuk kulat.

2. makanan yang di beri tidak sesuai dengan sais mulut ikan. ikan ketutu yang baru menetas mempunyai sais mulut yang kecil ie antara 40-55 micron dan tekak yang lebih kecil ie 35-45 mikron.  oleh itu tidak banyak makanan yang boleh di tangkap dan di telah oleh rega ketutu ini kecuali zoo plankton peringkat cucu cicit.

3. makanan di beri tidak berzat. teknik memperkayakan zooplankton amat penting sebab kalau tidak rega akan makan cuma tisu kulitt zooplankton yang tidak berkhasiat.

4 ju mlah makanan yang tidak cukup. ini amat penting sebab rega ketutu seperti rega ikan kerapi amat perlahan dalam menangkap makanan hidup (zoo plankton ). oleh itu mesti terdapat zoo plankton dalam kepadatan yang tinggi dalam kolam asuhan rega untuk menyenangkan rega mendapat makanan yang telah diperkayakan.

eof