May 19, 2014

ternak udang marin

salam, saya baru habis mencuba ternak udang putih untuk satu pusingan. Oleh kerana musim kemarau di utara yang menghadkan jumlah tukaran air, masa ternakan untuk mencapai 100 ekor sekila mengambil masa lebih kurang 100 hari walhal tempuh ini boleh di pendekkan jika air dapat di tukar dengan lebih kerap. Pada masa ini harga kilang  udang 100 ekor sekilo  adalah agak rendah ie rm 18.50 sekilo di sebabkan banyak udang murah dari thailand. Juga banyak kolam udang menghadapi masalah penyakit udang dan udang terpaksa di tangkap walaupun harga semasa agak rendah

Beberapa  perkara yang saya belajar dari ternakan ini ialah

1. jumlah kumbahan dari udang adalah agak banyak dan harus di tangani dengan betul.


Yang tengah tu ialah bahan buangan terkumpul dari ternakan udang.

2. pukulan dari kipas kolam udang boleh menghakis tebing kolam udang dengan cepat. Dalam masa 4 bulan hampir sekaki tebing kolam telah di hakis. Oleh itu reka bentuk kolam udang dan peralatan yang di gunakan mesti betul dan sesuai dengan topografi dan sumber air di kawasan ternakan.


3. Untuk pusingan kedua nanti sistem kincir angin yang baru yang di tiru dari  kolam udang rakan di Yan mengunakan axle kereta berpacuan belakang ie kereta lama dan di sambung kepada motor satu horse power, 3 fasa, dan 3 pole. 

4 untuk mengelak kan pemangsa di kolam udang, pukat di pasang keliling kolam secara mendatar. Burung dan ketam akan tersangkut di pukat.

5. Jangan simpan jumlah makanan yang banyak pada satu masa sebab makanan udang cepat mereput.

6. Ph air mesti dikawal baik kerana udang senang sakit jika kemasaman rendah dari 7. Seeloknya gunakan kapor sekerap mungkin kerana udang juga perlukan kapor atau calsium yang banyak ketika menukar kulit.

eof




No comments: