Showing posts with label bilut. Show all posts
Showing posts with label bilut. Show all posts

January 3, 2008

Fatt lim, gahak dan bilut

Bilut, sengarat dan gahak adalah ikan ikan yang dalam bahasa Cantonese di panggil Fatt Lim atau tapah puteh. Tapah dalam bahasa Cantonese ialah Lim Yee dimana yee ialah ikan. Bagi orang Melayu ketiga tiga ikan ini adalah berlainan. Di sini saya paparkan dua dari ikan tersebut ia itu bilut dan gahak. Gahak juga di panggil Ma tai yee ia itu ikan kaki kuda kerana bila diletakkan ikan ini dengan kepala ke bawah dan ekor ke atas, ia nampak seperti kaki kuda.

bilut


Perbezaan antara bilut dan sengarat ialah bilut mempunyai badan yang lebih lurus dan kurus sementara mempunyai badan yang lebih lebar. Kepala bilut lebih panjang sementara sengarat agak pendek. Sengarat jarang dijumpai lebih dari sekilo sementara bilut ada yang sampai 3-4kilo.

Gahak







eof

November 26, 2007

Pasaran ikan (2)

Ini adalah antara ikan ikan Malaysia yang saya pasarkan.


Udang galah



susur arus atau umur umur




tengadak dari Sarawak





patin buah sungai sarawak




jelawat seluang malaysia




bilut/lais





Ikan empurau dari Sarawak






Ikan patin muncong dari Temerloh Pahang



Ikan tapah Sg pahang
gahak Sg Pahang


Masalah terbesar sebagai penjual ikan ialah keadaan pendaratan ikan yang bermusim dan kualiti ikan yang tidak menentu. Antara masalah kualiti ikan yang kami pernah hadapi ialah ikan beku yang buruk di tengah (sebab lambat beku), isi berbau minyak, lumpur, usus ayam, dll, dan ikan liat. Untuk ikan patin ada masalah khas ia itu untuk mengenal yang mana satu patin sungai, patin sangkar masuk sungai, lawang,pasir, patin muncung thailand.


Masalah ini kadang kala sangat menyakitkan hati. Ikan juga akan susut beart badan jika di simpan lama sama ada ikan hidup atau ikan beku.


bersambung