December 29, 2011

grading ikan ketutu

salam, ikan ini di saring untuk kali kedua. sais antara 1-2 ini dan terdapat juga beberapa yang lebih lagi. ikan ikan tetas pada 30 ogos lalu dan dalam proses putus susu (weaning) dari makan benda hidup ke makan benda mati.

















































kolam tanah

salam,

Dalam pembinaan kolam tanah, kebanyakan penternak membina kolam yang cetek,ie 1-3 kaki dari paras tanah dan di tambah 1-2 dua kaki batas. Atas nasihat beberapa orang rakan dalam industri ini, adalah lebih baik untuk membina kolam tanah yang lebih dalam atas dua sebab. 1.lebih banyak air di takung lebih bagus buffering yang akan ada. 2. air tak panas. Kolam yang cetek boleh menyebabkan air susut dengan cepat pada musim kering. Pada masa ini saya sedang membina beberapa kolam takungan air payau untuk ikan ketutu pada kedalaman antara 4 kaki pada satu sempadan dan 7 kaki di sempadan bertentangan dari paras tanah. Batas akan dibina pada ketinggian 5 kaki dalam 2 tinggat untuk mengelak keruntuhan tahan. Luas setiap kolam ialah 250 kaki X 150kaki sebanyak dua unit. 6 unit lagi ialah luas 40X100 kaki untuk buat benih ikan siakap.



Ini adalah salah satu benda yang saya jumpa dalam takungan air kami

November 7, 2011

kolam

salam,ikan ini dilahirkan pada bulan januari, 2011





kolam kolam yang dah siap, 100 unit








eof






September 23, 2011

plankton

salam

Berdasarkan pengalaman, kami dapati plankton sama ada zoo plankton atau phytoplankton yang hidup dalam air masin dan payau mempunyai nutrient yang lebih dari pada yang didapati dalam air tawar. Ini ada mengapa kami gemar membuat pembenihan di dalam air yang sedikit masin ie 3-5 ppt kerana plankton yang di buat dalam air payau ie 5-10ppt boleh digunakan sebagai makanan untuk larvae ikan. Hampir semua ikan air tawar bersisik boleh di buat dalam air payau 3-5 ppt tanpa merosakkan telur dan air mani ikan.

salam

kolam fiber

salam

bagi kolam fiber, adalah lebih baik digunakan putty dikeliling kawasan paip air supaya resin melekat dengan baik dan fiber tidak tertangal dari paip dan lantai. Kami mengunakan putty di keliling sekitar 12 inci disekeliling paip air.

salam

July 1, 2011

kolam fiber.

salam,

untuk menyediakan tapak adalah lebih baik gunakan resin tanpa lilin sebab ialah lebih melekat pada tapak kolam. ini di ikuti oleh finishing mengunakan resin dengan lilin bercampur talkum powder supaya lantai tidak melekit.

salam

kolam fiber.

benih ketutu

salam,

untuk tujuan penghindaran sakit akibat kulat, jumlah copper sulphate yang patut di gunakan ialah .4gm untuk setiap tan air atau 4 gm setiap 10tan air. malahite green guna yang sama. guna mungkin seminggu sekali pada waktu lepat petang sebab ubat ubat ini akan hilang keupayaan bila terkena matahari. untuk tujuan perubatan, guna silang sehari untuk 2-3 kali. jumlah copper sulphate yang banyak boleh menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang ikan,.

salam

ikan ketutu sakit

salam,

Dalam proses penternakan ikan ketutu pada peringkat asuhan ia itu antara 1-3 inci, benih ikan selalu di serang kulat terutama di bahagian insang. Selalunya ikan akan mati dalam jumlah yang banyak. Salah satu ikhtiar yang bolah di buat ialah dengan mengunakan bahan kimia seperti berikut. Untuk air sepuloh tan, cuba gunakan malichite green sebanyak .02ppm atau .2gm bersama copper sulphate .8ppm atau 8ppm.

Untuk air yang kurang, gunakan teknik membancuh jumlah yang sama untuk 10 tan air dan kemudian mengunakan ubat mengikut bahagian yang di perlukan seperti 10persen atau 30 persen.

Selamat mencuba.

eof

June 25, 2011

filter buang air kolam

Salam,

Adalah amat penting untuk membuang habuk dan sisa makanan dalam kolam asuhan terutamanya untuk benih ikan yang bersais antara 1.5 ini ke 2.5ini. Ini adalah kerana habuk tersebut boleh masuk kedalam insang ikan dan merosakkan insang tersebut. Oleh itu amat penting dalam memilih sais alat filter untuk buang air dari kolam asuhan. Juga agak penting jika habuk tersebut di buang dahulu dengan air yang banyak dan tidak bersama ikan dalam satu bekas. Saya pernah kematian ikan kerana menangkap benih ikan untuk saringan dalam air yang agak berkeladak dengan habuk dari sisa makanan dan najis ikan.





eof

ketutu bertelur

salam,
Gambar ini menunjukan ikan ketutu betina yang sedang bertelur di tepi dinding kolam kami. Jelas nampak alat kelamin ikan tersebut menyusun telur di tepi dinding sebaris demi sebaris untuk di senyawa oleh ikan jantan.


eof


alat penghidang makanan

salam, salah satu alat yang penting semasa menjaga ikan yang masih diperingkat asuhan ialah cara kita memghidangkan makanan kepada mereka terutamanya kepada ikan yang baru berpindah dari makanan hidup kepada makanan buatan. Untuk ikan ketutu, ini adalah untuk ikan bersais 7 hun keatas atau yang tidak lepas penyaring bersais 6 cm ke atas. Feeding tray yang selalu di gunakan dalam industri ternakan udang amat bagus kerana makanan buatan yang tidak habis di makan boleh di buang dengan senang dan segera sebelum ianya memberi akibat tidak baik kepada air. Ada dua jenis feeding tray, 1. di buat dari plastik dan 2. yang di buat dari besi. Kami suka mengunakan yang di buat dari besi tidak karat kerana ia cepat tengelam dan ikan tidak tersangkut di celah celah rangka perantian tersebut.



eof


June 4, 2011

Makanan benih ikan/udang

salam.

Satu soalan yang kerap ke beri kepada saya ialah apa nak beri makan kepada benih ikan yang baru lahir. Ada yang tanya moina atau rotifer atau artemia boleh tak? Masa saya baru belajar buat benih, persoalan yang sama selalu timbul. Mengikut pengalaman, jawapan yang mudah ialah apa saya yang bergerah boleh di beri kepada ikan. Yang penting ialah:

1. sais makanan yang di beri mesti boleh di makan oleh anak ikan tersebut. Oleh itu sais sauk atau filter yang di guna amat penting. Filter yang ada dalam pasaran adalan antara 25micron, 50micron, 100 micron, 200micron, 300 micron sampai 900 micron. Olah itu untuk ikan yang mempunyai mulut bersais 100 micron, filter yang sesuai patut digunakan untuk menangkap makanan yang sesuai.
2. makan yang di beri mesti mempunyai nutriet yang di perlukan. Selalu nya makanan hidup yang di berikan adalah pembawa nutrient. Oleh itu ia mesti di perkayakan dengan benda benda berkhasiat seperti micro pellet (sais 50-200micron), darah, green water, minyak ikan etc.

Dalam pada itu, jangan terlampau memilih makana sebab rotifer yang selalu bersais 100-200 micron mempunyai cucu cicit bersais 30-40micron masa di lahirkan.

salam

kursus

salam,

Kursus akan datang ialah pada 22 Julai, 2011. Sila rujuk ke blog kursus tentang pendaftaran.

salam

May 17, 2011

makanan untuk benih ikan

salam,

Untuk ikan ketutu bersais 1 ke 3 inci, kami memberi pelbagai jenis makanan. Antaranya isi ikan yang di hancurkan bersama isi udang. Ikan ketutu suka kepada bau isi udang. Sekali sekala anti biotik (otc) di tambah di dalam makanan tersebut yang di beri kepada ikan dalam tangkoi atau fish tray. Untuk ikan yang baru berhenti makan plankton selalunya di beri makan jentik jentik yang di perkayakan dengan micro pellet (50-200u) atau isi ikan yang di hancurkan dan diberi kepada jentik kira kira 45 minit di beri kepada anak ikan.

salam

air

salam,

Saya mengunakan air bawah tanah dan air permukaan untuk ternakan ikan. Kami juga mengunakan semula air yang yang telah di gunakan. Untuk tujuan itu, semua air akan di nyah kuman dan lain lain jenis patogen dengan mengunakan chlorin. Kadar chlorine yang digunakan ialah 10 gram chlorine serbuk untuk satu tan air. Serbuk chlorine selalunya di cairkan dahulu sebelum digunakan. Selalunya, dalam cuaca panas, chlorine akan hilang dari dalam air dalam masa satu hari untuk kolam kami yang bersais 16 tan. Untuk memeriksa sama ada chlorine ada dalam air, gunakan chlorine checker yang di jual di kedai akuarium. cara guna ialah satu titik untuk 1 cc air. Selalunya kami guna lima cc air. Jika ada warna kuning pada air, bermakna chlorine masih terdapat dalam air.

eof

May 5, 2011

Alat penyaring ikan

Salam,
Antara elemen yang penting dalam pembenihan ikan ialah peralatan yang di gunakan. Salah satu alatan atau perantian yang amat penting ialah penyaring. Proses penyaringan yang betul dengan pengunaan alat yang betul membezakan keadaan ikan selepas proses saringan. Proses saringan yang salah akan menyebabkan ikan tertekan dan senang di serangf penyakit atau kulat (fungus).

Peralatan yang saya gunakan ini datang dari siam. Ianya amat efisyen dan ikan susah cedera kerana lobang yang di buat adalah amat licin dan ikan tidak boleh pusing/keluar semula.











eof



April 23, 2011

kolam ikan

Ini adalah schematic kolam ikan yang saya bina.


April 22, 2011

cara menyaring ikan ketutu

Ikan yang telah dikumpulkan akan di saring mengikut sais kepala ikan. Ikan akan keluar dari alat saringan dan tidak boleh masuk semula. Alat saringan yang saya ada ialah dari sais 1mm ke sais 10 mm yang di buat dari aluminium.
benih ikan yang sudah di saring.





saringan 5mm





saringan 7 mm


eof




saringan benih ikan ketutu

Cara memunggut benih ikan ketutu dari dalam kolam






















eof








mold kolam fiber

The fiber (gatal) man.


ini adalah mold asas yang digunakan















eof






kolam

Ini adalah kerja kerja yang terlibatdalam pembinaan kolam bersais 5 meter (diameter)













































eof


April 21, 2011

kolam ketutu, marble goby

Secara lazimnya warna ikan ketutu akan akan mengikut warna air sekelilingnya. Ketutu Sg Pahang dan Sg Bernam yang selalunya seperti teh susu air adalah kemerahan sementara ikan ketutu dari lombong pasir akan berwarna cerah mengikut warna pasir yang bersih.

Atas kelaziman tersebut, saya telah membuat keputusan untuk mencuba satu persekitaran baru untuk melihat sama ada kelaziman ini adalah benar dengan membuat tong ternakan dalam warna merah hati. Adalah menjadi kelaziman, para pengguna inginkan ikan yang berwarna kemerahan lebih dari ikan yang gelab atau kelabu.

Jadi, sama samalah kita lihat keputusannya selepas dua tahun ikan ini di ternak dalam persekitaran berwarna merah.

eof

hormone

part 2.

Hormone yang berbentuk serbuk boleh di cairkan mengunakan air garam atau saline water yang boleh di beli di pharmacy. Selepas di campur, hormone boleh di simpan dalam botol dan di masukkan ke salam bekas berair dan di simpan dalam peti sejuk berhawa antara 0-6 darjah celciu. ialah boleh tahan antara 1-2 minggu.

Adalah lebih baik mengunakan serbuk yang hanya cukup untuk di gunakan dan simpan selebihnya dalam peti sejuk. Saya mengunakan bekas plastik bertutup untuk menyimpan serbuk hcg atau dom.

Harga dom dari china ialah rm100 dan hcg dalam rm140.

eof