April 21, 2011

kolam ketutu, marble goby

Secara lazimnya warna ikan ketutu akan akan mengikut warna air sekelilingnya. Ketutu Sg Pahang dan Sg Bernam yang selalunya seperti teh susu air adalah kemerahan sementara ikan ketutu dari lombong pasir akan berwarna cerah mengikut warna pasir yang bersih.

Atas kelaziman tersebut, saya telah membuat keputusan untuk mencuba satu persekitaran baru untuk melihat sama ada kelaziman ini adalah benar dengan membuat tong ternakan dalam warna merah hati. Adalah menjadi kelaziman, para pengguna inginkan ikan yang berwarna kemerahan lebih dari ikan yang gelab atau kelabu.

Jadi, sama samalah kita lihat keputusannya selepas dua tahun ikan ini di ternak dalam persekitaran berwarna merah.

eof

No comments: