August 29, 2014

kursus ternakan ikan ketutu

salam,  atas permintaan, saya sedia mengadakan kursus ternakan ikan ketutu dan lain lain ikan pada 11hb, oktober, 2014. Kursus sehari ini ialah termasuk tentang pengenalan kepada ternakan ketutu, ternakan ikan dalam sangkar, ternakan udang dalam kolam, dll.

Kadar yuran ialah RM400 seorang. Booking ialah sebanyak RM100. Kursus ini akan di jalankan jika jumlah peserta cukup 4 orang.

sekian.

Sebab tak cukup feed back, saya batalkan kursus ini.


July 1, 2014

patin mekong

salam, saya ada tiga ekor patin mekong untuk di jual. size lebih 10kg se ekor.. sesuai untuk kolam pancing. harga dalam rm 3000 untuk tiga ekor.  sila whatsup ke 0192710431.

May 19, 2014

ternak udang marin

salam, saya baru habis mencuba ternak udang putih untuk satu pusingan. Oleh kerana musim kemarau di utara yang menghadkan jumlah tukaran air, masa ternakan untuk mencapai 100 ekor sekila mengambil masa lebih kurang 100 hari walhal tempuh ini boleh di pendekkan jika air dapat di tukar dengan lebih kerap. Pada masa ini harga kilang  udang 100 ekor sekilo  adalah agak rendah ie rm 18.50 sekilo di sebabkan banyak udang murah dari thailand. Juga banyak kolam udang menghadapi masalah penyakit udang dan udang terpaksa di tangkap walaupun harga semasa agak rendah

Beberapa  perkara yang saya belajar dari ternakan ini ialah

1. jumlah kumbahan dari udang adalah agak banyak dan harus di tangani dengan betul.


Yang tengah tu ialah bahan buangan terkumpul dari ternakan udang.

2. pukulan dari kipas kolam udang boleh menghakis tebing kolam udang dengan cepat. Dalam masa 4 bulan hampir sekaki tebing kolam telah di hakis. Oleh itu reka bentuk kolam udang dan peralatan yang di gunakan mesti betul dan sesuai dengan topografi dan sumber air di kawasan ternakan.


3. Untuk pusingan kedua nanti sistem kincir angin yang baru yang di tiru dari  kolam udang rakan di Yan mengunakan axle kereta berpacuan belakang ie kereta lama dan di sambung kepada motor satu horse power, 3 fasa, dan 3 pole. 

4 untuk mengelak kan pemangsa di kolam udang, pukat di pasang keliling kolam secara mendatar. Burung dan ketam akan tersangkut di pukat.

5. Jangan simpan jumlah makanan yang banyak pada satu masa sebab makanan udang cepat mereput.

6. Ph air mesti dikawal baik kerana udang senang sakit jika kemasaman rendah dari 7. Seeloknya gunakan kapor sekerap mungkin kerana udang juga perlukan kapor atau calsium yang banyak ketika menukar kulit.

eof




May 2, 2014

kelulut

salam,  beberapa kenalan mengatakan terdapat banyak sub species kelulut dan setiap satu menpunyai  perangai yang berlainan. Mereka berpendapat semua ini dapat dikenal pasti dari bentuk dan warna serombong pintu masuk ke sarang koloni. Saya masih cuma memahami perkara ini termasuk perangai ( garang  atau baik ), warna kepak, warna badan, jumlah madu, dan rasa madu. mari kita lihat serombong masuk kelulut yang saya ternak.

yang ni malas buat madu dan cengge
 malas juga dan cengge


rajin buat madi dan tak cengge


yang di dari koloni yang sama di atas tapi telah di pindahkan dengan teknik swamming

rajin buat madu

 cengge dan penakut. belum ada madu lagi

rajin buat madu dan ramai drone

rajin dan cengge



rajin tapi slow


rajin dan banyak madu

Sarang madu baru

 lembab tapi baik

 baik tapi malas.
 eof

pembenihan ikan

salam, beberapa pembaca bertanya macam mana kami boleh membiakan ikan ketutu pada jumlah yang besar dan mereka gagal membiakan ikan ini. Kebanyakan cuma sampai hari ke 12  atau hari 17 dari tarikh tetas dan hampir semua ikan mati.

Bagi saya, ada beberapa sebab ikan ini mati.

1. kulat . telur ikan ini tidak menetas serentak seperti ikan keli dan hampir semua ikan lain ie dalam tempuh masa 1-4 jam, semua telur menetas.ikan ini mengambil masa 3-7 hari untuk menetas semua. ini menyebabkan air dalan kolam tetasan kotor dan sesuai untuk kulat.

2. makanan yang di beri tidak sesuai dengan sais mulut ikan. ikan ketutu yang baru menetas mempunyai sais mulut yang kecil ie antara 40-55 micron dan tekak yang lebih kecil ie 35-45 mikron.  oleh itu tidak banyak makanan yang boleh di tangkap dan di telah oleh rega ketutu ini kecuali zoo plankton peringkat cucu cicit.

3. makanan di beri tidak berzat. teknik memperkayakan zooplankton amat penting sebab kalau tidak rega akan makan cuma tisu kulitt zooplankton yang tidak berkhasiat.

4 ju mlah makanan yang tidak cukup. ini amat penting sebab rega ketutu seperti rega ikan kerapi amat perlahan dalam menangkap makanan hidup (zoo plankton ). oleh itu mesti terdapat zoo plankton dalam kepadatan yang tinggi dalam kolam asuhan rega untuk menyenangkan rega mendapat makanan yang telah diperkayakan.

eof

April 30, 2014

farm animal

salam, these are some of the birds that I have on the farm other than the wild one which include cobra, bird snake, toads, all king of birds, iguana, cats, and all kind of lizard. On occasion a lost tortise. These birds do lay eggs and I not buy egg for the last year as we can collect some and sell some.




This lady is sacruficing her social life to incubate a cluck of communal egg ie some of hers and from 2 other birds.

durian belanda

salam,

saya ada menanam 9-10 batang durian belanda. selepas 9 bulan ada yang berbungga tapi tak lekat. pada penghujung musim kering ini ( hujung mac, 2014), beberapa putik mula menukar diri kepada buah durian belanda yang biasa di lihat di jual di pasar. Saya paparkan transformasi tersebut.


 putik
 muls kembang




putik buah


buah


buah

 eof

kelulut (stingless bees)

salam,

banyak yang telah saya baca tentang teknik membanyakkan koloni kelulut. Salah satu teknik ialah secara perpindah berkumpulan.  Saya telah mencuba dua dari koloni lama yang saya ada.  Teknik yang saya buat ini berjaya membawa satu kumpulan kelulut ke sarang baru dan terus membuat madu. Selepas 3 minggu, masih belum ada tanda puteri baru masuk kedalam sarang baru dan saya berharap dalam masa terdekat akan ada puteri baru masuk kesarang baru dan mula bertelur dan mengeluarkan drone baru sebagai pekerja memunggut madu.

koloni asal (induk)

koloni baru, madu dah ada setengah kotak ( dalam 500-600gm)
eof

haruan ( snake head)

salam.

saya mula memunggut benih haruan liar (channa striata) pada tahun lepas sekitar bulan julai-ogos 2013. benih haruan ini di saring dan di asuh beberapa kali sebelum di ternak untuk besar pada masa bersais 6 inci. Hari ini selepas 8-9 bulan, kumpulan pertama bersais 300-500 gm sebanyak 20kg berharga rm12 sekilo  mula di jual kepada peraih dari pasar besar Kepala Batas. Untuk jualan runcit, ikan ini di jual pada harga RM18 sekilo. Pembeli sekitar kepala batas dan sg petani di alu alukan.


eof

April 29, 2014

ambik udang

salam,  Ini adalah percubaan pertama saya dalam membela udang putih.  Benih udang putih di masukkan kedalam kolam bersais 10k kaki persegi pada kadar 100k pada 14 hb Januari, 2014. Pada hari ini, udang itu telah di tangkap untuk di jual. Lebih kurang 600 kilo telah di jual pada kadar 100ekor sekilo pada harga rm24 sekilo. hasih ada lebih kurang 300-400kilo yang masih belum di jual. Ada sesiapa nak beli udang di sekitar SP.









eof

March 14, 2014

Bleeding the fish

Salam.
Bleeding is an action of removing blood from a fish. Why bleeding? By bleeding and subsequently removing the blood  and gut before cooking or preserving a fish, the fish will be more presentable and taste better. That is why the fish in the seafood restaurant that was cooked immediately after killing it taste better than fish that we bought in the market that is  sold without bleeding and gutting. There will be no blood pool in the muscle (blue black) which occur normally on wild caught fish that was left to die  flip floping  on boat deck or in the ice box.

How to bleed a fish. A straight forward method is to cut or slit the fish throat near the gill and let the fish die in a bit of ice water. Once the fish stop moving, gut and put the fish on ice. This is true for most marine fish. for fresh water fishes, the same applied except maybe for some cat fish like patin and large knife fish (belida). For patin, its take sometime to stop moving and even after guttin , blood still come out from the two holes in the stomach cavity. What I have done is to clean up the patin's cavity including the black thing near the bone in the stomach cavity which is actually its kidney. Then I will place a crumble up piece of tissue paper or newspaper in the stomach cavity to absorb the blood that is still coming out. Thus my believe that the only fish that taste better after freezing is patin. As for belida, it should be gutted and bleed by cutting the tail and hanging the fish to let the blood out from the cut in the tail. White belida of over two kilo will have white meat at best to make fish ball. the stomach area should be coo/steam separately. Fish below 2 kg will have pinkish meat and produce 2nd grade fish ball. The meat of the star belida (belida bintang) is a little bit fishy and consider a 2 nd grade fish ball. Some people will add on the lesser knife fish (selat) meat or haruan meat to increase the volume of the meat.

eof

Oysters

Salam,  In suitable water condition, oysters will grow well and tasty very creamy and sweet ( an in uummph).
I grow them in boxes in the estuary in Kedah where within 5-6 months it will grow about 1-2 inches. Here are some sample of these oysters. They are about 5-6 inches and it needs to be clean up of those parasite that can hinder its growth such as baby oysters, barnacles and sponges and that is hard work.



These oysters are ready for sale. Please call me at 0192710431  if you need them.

eof

siput sudu

salam , dua minggu lepas saya telah mendapat benih kupang atau siput sudu untuk di ternak. Benih ini datang dengan tali sepanjang 4 kaki. siput ini saya ambil dan bawa mengunakan gundi (guni) dan banyak yang tercabut dari tali. Benih yang tercabut telah di masukkan kedalam bakul dan di gantung didalam sangkar terapung. Ani adalah kerana banyak juga siput ini yang terapung dan jika tiada pukat akan di bawa air. Apabila siput yang terapung ini terbuka ia akan jatuh kedalam air dan terkumpul dalam pukat, Siput ini mengambil masa selama 5-7 hari untuk berkumpul semula dan membentuk koloni siput.



 Benih kupang yang di ternak di Sg Petani.

eof

March 6, 2014

Mengenal tiram Malaysia.

Salam, terdapat dua jenis tiram yang selalunya di makan di Malaysia. Jenis pertama ialah tiram bakau dan yang kedua jenis tiram batu. Tiram bakau berbentuk lepir dan bulat sementara tiram batu lebih berbentuk memanjang dan mempunyai mangkuk yang jelas bagi kulit cengkerang bawah. Tanda yang amat jelas ialah tiram batu mempunyai tanda hitam pada bahagian dalam kulit cengkerang di mana otot tiram menempek kepada cengkerang.


Dari segi rasa mentah, tiram bakau mempunyai rasa kelat/pahit sedikit selepas makan sementara tiram batu tidak mempunyai rasa tersebut sebaliknya mempunyai rasa sedikit lemak. Tiram bakau enak dimasak dengan telur sebagai telur dadar yang di gulung dan dimakan sos. Saya makan makanan ini di The Wharf, San Francisco pada tahun 1981, sedap. Isi tiram bakau boleh di beli pada harga antara RM50-60 sekilo.

Tiram batu atau tiram susu sedap di makan mentah dengan lime atau lemon. Rasa tiram batu yang segar lebih sedap dari tiram batu beku yang di impot kerana tiram segar masa ada rasa laut (kemasin-masinan) selain dari rasa manis yang membuat kita nak makan lagi. Tiram batu segar yang di simpan baik boleh hidup 3-4 hari selepas keluar dari laut dan dijual mengikut sais A (lebih dari 4.5 inci ) dan B (lebih dari 3.5 inci) pada harga antara RM3-6 sebutir.

T
Tiram sais A.

Tiram di buffet di restoran ( gambar dari internet)

eof



March 5, 2014

More on osyters

salam

Oysters that were cleaned up and graded was brought to the river raft and hang to the 3X2 inches wooden staff place across the raft at 5 staff per 10X 10 ft raft. The osyters box were tight up low and high in the water thus to maximise the space. On each wooden stack 10 boxes can be tied and some will also be tied to the walk way. The raft for oysters and green oysters must have maximum number of float or plastic tong to with stand the weight of the oysters.


eof