Showing posts with label jelawat. Show all posts
Showing posts with label jelawat. Show all posts

February 24, 2008

Jelawat Seluang

Jelawat seluang atau sultan yee adalah sejenis ikan carp asli Malaysia. Ianya juga terdapat di Indonesia dan Thailang ( Sungai Mekong). Perbezaan antara jelawat Malaysia dan Thailand ialah Jelawat Malaysia berwarna puteh perak dan badannya lebih sasa dan boroi. Jelawat dari Thailand mempunyai warna merah pada ekor dan ridip bawahnya. Ikan yang telah dikahwinkan selalunya mempunyai kesan merah tersebut pada ridip bawahnya walaupun ianya telah hidup liar di sungai seperti contoh ikan di bawah yang ditangkap di Sungai Slim Perak. Bagaimana pun beberapa specimen sebelum ini ada yang tidak mempunyai kesan merah tersebut. Ikan jelawat baka Thailand juga mempunyai badan yang lebih bulat dan mulutnya lebih kepada bentuk mulut kap rumput. Mulut ikan Jelawat yang dari Sungai Pahang adalah lebih runcing dari yang dari Sarawak. Ikan jelawat seluang ini cuma ada di Sungai Pahang, Sungai Bernam, dan Sungai Perak di Semenanjung Malaysia. Sungai Rompin dan endau tidak ada ikan ini.

Specimen jelawat seluang kacukan yang saya pelihara mempunyai kesan merah di ekor dan ridip bawah tetapi apabila besar, kesan merah di ekor akan hilang dan tinggal cuma kesan di ridip bawah sahaja. Jelawat dari Sungai Slim, Perak. Lihat mulutnya yang lebih bulat dari jelawat Sg Pahang di bawah. Juga terdapat kesan merah di ekor dan ridip bawah. Bagaimana pun sisiknya adalah berwarna puteh berkilat dan selepas mati beberapa ketika sisik sebelah atas bertukar kewarna keemasan seperti ikan kap rumput sungai.



Jelawat Sungai Pahang

Jelawat Sungai Pahang. Yang belakang tu kacukan. Lihat kesan merah di hujung ridip belakang. Warna mata ikan jelawat Sungai Pahang ialah hijau.
Harga ikan dari sungai pahang pada masa ini adalah RM200-RM400 mengikut saiz dan musim. Sebagai makanan, ikan ini jika terlampau besar, dagingnya boleh jadi liat. Satu dari empat, ikan yang liar mempunyai daging yang liat atau loko.


November 26, 2007

concrete pond for tengalan/ puntius bulu








We have built 26 concrete pond of 20 by 25 feet on one acre of land in Kampong Bukit Kechik, sg Petani Kedah. Here we rear ikan tengalan or puntius bulu,and ikan krai or puntius daruphani. We have tried to grow other fishes such as haruan (channa striata) and kap rumput (chinese carp) but they are not suitable and economical to grow in concrete tank where we have to use a lot of electricity to run the pump. All fish are feed pellet.
Our Rest house
Water are drawn from tube well using electric pump. We have one emergency air pump using turbo charge from a bmw car.
During our learning year 2006-2007, we have lost a lot of fish due to lack of Standard Operating procedures and ignorance on good farm practice. At one time we lost all of our fishes by introducing new fry that have been quarantined by the trader. We believe now that the fish was never quarantined and now we do not trust the trader to quarantine the fish. That mistake cost us one year effort of growing 8,000 puntius bulu and 6,000 puntius hoevanni and we valued at least RM140,000 have gone by the wind.
Another observation is the late response or no response of the government bodies that is suppose to support us. They came but too late with no experience of the fish that we grow.
Well life goes on so we now have 1000 puntius sp that survive that experience and 6,000 puntius bulu fry at is about to be graded and separated by this month. We expect each pond can take in 500 fry at a time to grow to market size, thus 14 unit of pond will be used. Currently we have also 3 pond full tilapia which we are trying to sell off. Night market traders are taking them at the rate of about 100 kg a week. Another 2 ponds are full of adult puntius and another 2 have varius fishes including grass carp, jelawat, puntius, and mekong cat fish. Hopefully we will clear off these fishes by the next CNY.
Gunung Jerai in the background
That leaves us with 5 pond for marble goby. We believe each pond can handle 500 fishesof the same size. That meant we can put in 2,500 pieces of marble goby. As we clear off the tilapia and the misc. fisher, it will free us with another 5 ponds which can take another 2,500 fishes.
Therefore, our target is to growth 5-6k of puntius and 5k of marble goby every 2 years. Thus, our sales target is about RM200k per year.
End of posting

Pasaran ikan (1)

Di Petaling Jaya, saya menjalankan perniagaan jual beli ikan air tawar khas untuk restoren makanan laut Cina. Tujuannya ialah untuk memahami keperluan mereka supaya kita boleh mengeluarkan barangan ( makanan - ikan) seperti yang di perlukan dari segi ikan, pembekuan, pembungkusan, penghantaran, pembayaran dll. Perniagaan ini bermula pada tahun 2006, bulan Julai.

Ikan Kelulang (baung batu)

Perkara perkara asas yang perlu di fahami boleh saya bahagikan kepada beberapa bahagian.



Ikan Ketutu

1. Jenis jenis ikan yang di perlukan antaranya adalah termasuk ikan ketutu, krai, tengalan,kelululang, tapah dan lain lain. Sais yang di perlukan untuk kebanyakan ikan ialah atas dari sekilo se ekor kerana sais ini sesuai untuk dimakan oleh dua tiga orang dan muat untuk satu pinggan. Untuk belut, saiz yang perlu ialah 200gm keatas.






Ikan Krai




2. untuk beberapa jenis ikan, rupa bentuk (texture)daging dan keadaan kulit ikan juga penting. Seperti contoh, kulit dan isi ikan baung akan menjadi liat atau keras untuk kebanyakan ikan yang lebih dari dua kilo. Untuk ikan baung sangkar, kadang kadang ikan yang lebih dari 1.5 kilo pun keras. Kulit ikan tapah yang lebih 15 kilo selalunya keras atau liat. Ini boleh di uji dengan mengambil sedikit ikan tersebut sama ada di ekor atau di perut dan di rebus. Gahak selalunya kalau ekor dah kuning dan berat lebih dari 7 kilo dah liat.





Ikan Tengalan


3. Ikan hidup lawan ikan mati. Untuk kebanyakan ikan, restoran suka jika ikan ini dalam keadaan hidup. Macam manapun tak semua restoren ada akuarium. Kalau udang tu akuarium perlu chiller dan protien skimmer. Harga akan meningkat jika ikan di hantar hidup. Tiga jenis ikan mesti dihantar hidup ia itu ketutu, bujuk dan haruan.



4. Ikan liar tak tahan lama di dalam akuarium walaupun kadang kadang ada pengecualian.



5. Ikan temoleh/tamalian kuning jarang di gunakan oleh restoren kecuali dalam keadaan hidup. Isi temoleh sedikit keras berbanding kap sisik kasar/rumput/hitam/perak.



6. Untuk patin buah sangkar, ianya bagus di masak selepas dibekukan kerana lubang lendir dibelakang sirip akan kering selepas ikan dibeku.



7. kebanyak ikan di masak dengan cara dikukus atau direbus dan ditambah kuah kicap dan halia goreng kecuali ikan haruan yang digoreng dan dimasuk kedalam bubur nasi.



8. Untuk udang galah, jumlah otak kuning di kepala ada amat penting untuk menentukan sedapnya udang tersebut.



Bersambung