Hari ini saya terima 30kg benih ikanK22 dari Sarawak. Dari pengamatan saya ada hang telah di simpan lebih dari sebulan dan ada yang baru seminggu di simpan. Saiz antara 400gm ke 50gm sekor. Ianya dibungkus dengan ubat anti amonia dan dimasukkan kedalam plastic bag dua lapis yang di ikan bucunya dengan getah. Bucu ini senang koyak. Kemudian di masukkan sedikit pure oxigen dan diikat. Bag plastik ini tidak kembung sepenuhnya sebab nanti dalam kapalterbang ianya boleh meletup. Ikan ini kemudiannya di masukkan kedalam kotak dan di hantar ke klia sebelum di hantar ke kedai kami di Jalan Klang lama.
Inilah ubat anti amonia. 5 ml (satu sudu teh) untuk 10 gelen air laut atau tawar.
Kami telah menyediakan tong tong yang telah di isi sedikit garam. Ikan yang telah di timbang di masuk kan kedalam tong ini dan di biarkan selama setengah jam. Di dapati 2 ekor ikan yang kecil tidak boleh hidup dan di keluarkan. Semua ikan ini bila sampai masih hidup. Selepas setengah jam, kami memasukkan sedikit potassium permaganate dan lampu di bilik itu di tutup. Semua tong mempunyai pump akuarium yang membuat air berpusing.
Dalam masa 24 jam kita akan tenguk ikan yang boleh hidup untuk di bela. kalau mati dalam masa tersebut kami akan dapat rebate dari penjual. hari sabtu ini ikan tersebut akan di hantar ke kolam kami di Sg petani melalui bas. Kita akan tenguk besok berapa banyak ikan yang survive.
No comments:
Post a Comment