April 23, 2011

kolam ikan

Ini adalah schematic kolam ikan yang saya bina.


April 22, 2011

cara menyaring ikan ketutu

Ikan yang telah dikumpulkan akan di saring mengikut sais kepala ikan. Ikan akan keluar dari alat saringan dan tidak boleh masuk semula. Alat saringan yang saya ada ialah dari sais 1mm ke sais 10 mm yang di buat dari aluminium.
benih ikan yang sudah di saring.





saringan 5mm





saringan 7 mm


eof




saringan benih ikan ketutu

Cara memunggut benih ikan ketutu dari dalam kolam






















eof








mold kolam fiber

The fiber (gatal) man.


ini adalah mold asas yang digunakan















eof






kolam

Ini adalah kerja kerja yang terlibatdalam pembinaan kolam bersais 5 meter (diameter)













































eof


April 21, 2011

kolam ketutu, marble goby

Secara lazimnya warna ikan ketutu akan akan mengikut warna air sekelilingnya. Ketutu Sg Pahang dan Sg Bernam yang selalunya seperti teh susu air adalah kemerahan sementara ikan ketutu dari lombong pasir akan berwarna cerah mengikut warna pasir yang bersih.

Atas kelaziman tersebut, saya telah membuat keputusan untuk mencuba satu persekitaran baru untuk melihat sama ada kelaziman ini adalah benar dengan membuat tong ternakan dalam warna merah hati. Adalah menjadi kelaziman, para pengguna inginkan ikan yang berwarna kemerahan lebih dari ikan yang gelab atau kelabu.

Jadi, sama samalah kita lihat keputusannya selepas dua tahun ikan ini di ternak dalam persekitaran berwarna merah.

eof

hormone

part 2.

Hormone yang berbentuk serbuk boleh di cairkan mengunakan air garam atau saline water yang boleh di beli di pharmacy. Selepas di campur, hormone boleh di simpan dalam botol dan di masukkan ke salam bekas berair dan di simpan dalam peti sejuk berhawa antara 0-6 darjah celciu. ialah boleh tahan antara 1-2 minggu.

Adalah lebih baik mengunakan serbuk yang hanya cukup untuk di gunakan dan simpan selebihnya dalam peti sejuk. Saya mengunakan bekas plastik bertutup untuk menyimpan serbuk hcg atau dom.

Harga dom dari china ialah rm100 dan hcg dalam rm140.

eof

December 24, 2010

hormon

Salam,

Salah satu isu penting dalam industri pembenihan ikan ialah hormon untuk mengalakkan ikan bertelur dan matang. Pada masa ini hampir semua penternak mengunakan hormon yang telah di sediakan oleh pembekal seperti overprim dari syndel dan overtide. Masalah yang timbul ialah 1. hampir semua ikan yang telah di cuba mengunakan hormon hormon syntetik ini ialah ikan air sejuk atau dari negeri beriklim sederhana. 2. potency atau kekuatan hormon hormon ini yang telah siap di campur dalam betuk cecair. 3 untuk hormon seperti hcg, harganya amat mahal dan terdapat banyak birokrasi untuk membelinya. 3. pelajar/tecnician perikanan juga tidak diajar teknik membancuh hormon hormon ini. 4. tidak dapat banyak kajian yang disiarkan (publish)di public domain tentang pengunaan hormon hormon ini untuk ikan ikan malaysia oleh pihak jabatan perikanan atau pihak universiti.

Untuk saya, hormon yang di gunakan ialah hormon yang di dapati dari negeri cina yang di bawa dari siam dan di dapati dalam bentuk serbuk. Dari segi harga, lhrha boleh di beli pada kadar 2mg pada harga rm 90 atau hcg pada kadar 10k iu pada harga rm95. Hcg di Malaysia pada jumlah 15k IU pada harga RM400-500. lhrha pada kadar 2mg berharga rm360.

bersambung.

December 10, 2010

saringan ketutu

salam. Dalam menternak dan mengasuh ikan ketutu, saringan mengikut sais adalah sangat penting kerana ikan ketutu adalah jenis pemangsa yang akan memakan ikan yang sais lebih kecil darinya. Saringan boleh di buat secara visual atau mengunakan alat saringan. Saya mengunakan pukat yang berlainan sais untuk menyaring ikan. Sais pukat mengikut inci dan hun ia itu satu inci ada lapan hun.

Saringan secara visual boleh di buat jika ikan tidak banyak ia itu dalam 100 ekor, jika tidak rambang mata. Pukat di guna untuk ikan yang banyak. Pukat boleh diguna berlapis lapis mengikut keperluan. Yang penting ikan di dipaksa untuk berpindah dari satu lapisan atau pukat ke lapisan seterusnya untuk menghindar ikan tercedera. saringan tanpa paksaan akan mengambil masa dalam 5-6 jam.

Ikan yang cedera semasa saringan amat mudah di serang kulat dan bakteria. Untuk tujuan memulihkan ikan yang cedera, kami mengunakan malicite green (3 ppm), acriflavin (3ppm) dan copper sulfite (8ppm). Air juga ditukar setiap hari. Rawatan akan mengambil masa 2-3 minggu dan banyak anak ikan akan mati semasa rawatan.

October 27, 2010

anak ikan ketutu

salam,

Kami telah menyaring dua kolam pada hari ini dan mendapat lebih kurang 4 ribu anak dalam sais 1 inci. Terdapat 5 ekor yang telah bersais 2-3 inci. Benih ini berusia sekitar 2 bulan dan akan di asuh sehingga 3-4 inci sebelum ternak untuk pembesaran. Pada masa ini mereka di beri makan nyamuk dan cacing sutera yang di perkayakan. Dalam pada itu, ikan ikan ini akan mula diberi makan pellet yang dibuat dari isi ikan kembung supaya ikan akan dapat menerima makanan yang tidak bergerak.


eof