June 22, 2010

pusat pembenihan dan ternakan ikan ketutu peringkat pra komersial

Salam semua , pada ini saya dalam proses membangunkan sebuah pusat pembenihan dan ternakan ikan ketutu (mono culture) di Sg Petani, Kedah. Pembiayaan adalah dari geran technofund yang di keluarkan oleh kerajaan.
Langkah pertama ialah memilih tanah yang sesuai untuk projek ini. Sekeping tanah seluas satu hektar telah di pilih dan di tambak. sebanyak 1000+ lori tanah diperlukan untuk menambak tanah tersebut.


Selepas itu, pagar di naikkan di sekeliling kolam. Kemudian tanda di buat untuk semua infrastruktur yang akan di naikkan. Infra pertama yang di naikkan ialah pusat atau bangsal penetasan. Prinsipal terpenting dalam pembinaannya ialah air boleh keluar dengan senang. Oleh itu bangsal ini mempunyai lantai melengkung dan bersais 75 kaki kali 30 kaki berserta stor ber saiz 15 kali 30 kaki dan tempat kerja bersais 15 kali 45 kaki.


Lantai hatchery berbentuk belakang kura supaya air senang mengalir keluar.


Setelah infra bangsal pembenihan siap, kolam dan pusat memproses makanan ikan dan bangsal kerja di bangunkan. Sais kolam induk, simpan air, pungutan telur, kolam didik dan ternak di seragamkan ia itu kolam fiber berbentuk kon dengan diameter 5 meter dan tinggi 1 meter.






Antara perkara perkara yang di ambil kira dalam pembinaan ialah angle turun air untuk longkang dan lantai, ketinggian bumbong, kelegaan jalan antara kolam, tempat buang air, tempat letak pam angin, dan pam air, dan aturan kerja yang bersangkut rapat dengan tempat letak kolam. stor barang mesti dekat dengan ruang kerja. Elok juga mengambil kira arah matahari terbit dan turun serta putaran angin didalam bilik tetasan (bergantung kepada jenis ikan).

bersambung