October 26, 2009

induk ketutu
















October 25, 2009

pembenihan keli kampung

salam,


Untuk pembenihan keli kampung kami mengunakan cara semula jadi iaitu ikan yang di suntik akan di satukan selepas 10 jam dan ke pisahkan selepas 4 jam. Kadang kadang jadi, kadang kadang tidak. Ini mungkin kerana kualiti induk liar yang kami gunakan. dalam pada itu, apa yang terjadi kepada ikan puyu juga terjadi pada keli kampung. Ikan keli kacukan afrika boleh tahan dalam air yang agak panas sehingga 36 oC tanpa masalah.

Untuk mengatasi masalah ini, kami asuh ikan keli kampung didalam bilik tetasan sehingga satu inci (2-3 minggu) sebelum memasukannya kedalam kolam simen yang mempunyai air sedalam 3 kaki. Berbeza dengan pendapat ramai bahawa air yang dalam akan menyukarkan ikan bernafas ke atas, kajian kami mendapati benih keli ini lebih suka kepada air yang dalam tersebut di samping air dapat di pantau dengan lebih senang dan air juga lebih stabil. Tiada pertukaran air yang perlu (kolam kami menyimpan 40-50 tan air) untuk masa yang lama. Beberapa pukat orkid hitam juga di lampir atau di gantung di dalam kolam. benih keli suka untuk bersantai di bawah dan di tepi pukat ini kerana keadaannya yang gelap.






Benih ikan masa asuh di bilik tetasan di beri makan moina hidup dan beku dan sedikit fish meal yang di lekatkan di dinding sementara didalam kolam simen, kami memberi makan fish meal bercampur susu tepung dan di tampal ke dinding kolam. Dalam pada itu, ikan juga di beri pellet katak dari siam. selepas 30 hari ada ikan ini secara purata adalan antar 1-2 ini. dalam pada itu ada juga yang 2-3 inci. Pemeantauan kami juga mendapati, rega keli kampung tidak makan sesama sendiri atau cannabism tidak terdapat antara rega keli kampung. Pada masa ini, benih yang sedang di besarkan ada dalam 5-6 ribu ekor dan ini akan di besarkan untuk menjadi generasi F1 induk kami.

eof

pembenihan ikan puyu



Salam,

Dalam saya dan mei menjalankan kaji untuk pembenihan puyu beberapa perkara menarik telah kami temui. Untuk makluman, pembenihan puyu kami jalankan dalam tong yang selalu digunakan untuk membawa ikan keli. Ikan ikan puyu yang telah di tetaskan dalam bilik penetasan akan di lepaskan dalam kolam asohan yang berdindingkan batu dan lantai konkrit.

Kolam yang di gunakan ialah berdimensi 4 meter kali 4 meter dan 2 kaki dalam. Hasil yang di keluarkan adalah amat mengecewakan walaupun ikan boleh membesar dengan cepat. Selepas beberapa kali mencuba dan hasilnya tidak baik, saya telah mula memantau proses yang di gunakan oleh adik ipar saya, mei dalam membuat pembenihan ini puyu ini.

faktor yang di pantau :

1. induk : jantan dalam 200 gram sekor dan betina dalam 300-400gm sekor
2. jumlah benih yang menetas : sekor induk dalam 20,000 ekor anak
3. makanan asas: moina hidup dan beku
4. paras air : 1.5 kaki
5. kepanasan air 30-35 oCpada waktu 3 petang.

Dengan mengubah paras air ke 2.5 kaki, kepanasan telah turun ke 29 oCdan jumlah puyu yang hidup telah naik dengan mendadak. kajian ini akan di teruskan dengan mengunakan kolam simen yang bertutup orkid 70% diatas. Ini akan dijalankan pada minggu hadapan.

Malam tadi 10 pasang puyu telah di tetaskan dan akan di masukkan dalam kolam konkrit berdasar tanah dan air sedalam 2.7 kaki dan setengah di tutup dengan penutup hitam orkid.
kolam benih puyu di kg bukit kecik, simpor, sg petani, kedah
eof

September 16, 2009

induk ikan

Harta terpenting untuk satu satu pusat pembenihan ialah induk berkualiti. Penyediaan induk adalah antara kerja kerja yang penting dan rumit kerana tanpa pengurusan induk yang baik, agak sukar untuk mengeluarkan benih berkualiti. Induk boleh di dapati dari punca liar atau punca ikan yang di ternak. Ikan ikan tempatan, benih liar boleh di cari, tetapi untuk ikan mendatang seperti keli afrika/rusia, tilapia, dan patin, induk datang dari kolam.

induk krai (puntius daruphani)


induk jelawat puteh

induk tengalan (puntius bulu)
Untuk kami, semua induk yang di gunakan adalah yang di ternak dari kecil sama ada dari punca liar atau punca ternakan. pada masa ini antara induk yang kami ada ialah keli afrika/rusia, keli kampung, puyu bendang, puyu air payau/siam, sepat siam, patin buah, krai, tengalan,tapah tilapia merah/hitam, dan pating mekong. Ada induk yang sudah matang, kecuali induk tapah dan patin mekong.




Untuk menjadi induk, ikan mesti di pilih dengan baik dan di beri makan makanan yang sesuai. Ini termasuk vitamin dan sebagainya. Pemilihan ikan yang sesuai untuk di jadikan induk adalah berdasarkan pengalaman dan ini selalunya dilakukan secara percubaan dan kesilapan (trial and error). Pengalaman ini juga adalah harta kedua yang penting dan pengalaman ini bertambah secara semula jadi semakin lama kami beroperasi. Itulah sebabnya pusat pembenihan yang berjaya selalunya yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun dalam bidang ini. Jika setakat setahun dua, masih banyak yang perlu di pelajari.
eof

July 2, 2009

ketutu merah

salam, bila dah bela banyak banyak, macam macam benda ada. dulu ada warna puteh, lepas tu dia balik ke warna hitam. yang ni warna merah pudar, jantan dalam 300 gm. kita tunggu sama ada dia tukar warna semula.




sombongnya muka




benih puyu

salam , ini adalah benih puyu yang di buat dalam kolam tanah berumor 6 hari. makanan asas ialah air hijau dan apa yang ada didalamnya dan campuran fish meal dan susu dumex.


June 21, 2009

puyu siam

kap,
puyu ada dua jenis, 1. lebih kepada kawasan paya dekat kawasan air payau. di sg petani, puyu jenis ini boleh dapat di kawasan sg mas, tg dawai etc. selalunya ikan bulan pun ada dalam kawasan ni. warni ikan ini selalunya koklat dan kalau di dah terkacuk puyu kampung, ada yang mulut runcing sikit dan ada bintik bintik. puyu yang jenis coklat ini ada di seluruh negara bukan saja di siam. tapi di malaysia kita panggil dia puyu siam sebab orang malaysia bila jumpa yang comel, yang manis, yang madu, yang besar semua panggil siam mari. induk betina puyu ini boleh mencapai 600gm. kalau ternak dalam masa 3.5-4.5 bulan dalam kolam tanah boleh mencapai 200 gm provided cukup makan ie makan sedia.

2. puyu kampung ialah puyu hijau yang ada bintik bintik hitam di badan. puyu jenis ni lambat sikit besar. untuk sampai 200 gram, untuk yang betina ambil masa 6 bulan. tapi kelebihannya ialah rasanya lebih manis dan kurang lemak dari puyu coklet atau puyu siam.

salam

ps gambar akan di post kemudian

June 18, 2009

anak ikan bantut

Salam to everybody,

I always heard from fellow aquaculturist about "ikan bantut" or stunted fish. For example, haruan that grow up to 200 grams after a year of culture or ikan puyu (anabas sp) that grow up to 80 gms only after a year. There are many factors that affected the development or growth of fish in captivity. Environment does play its role such as water quality, location of pond, density per sq meter of water, etc etc. As in other animal, genetic play a big role. At the same time, as in human, even when the mother and father is just average size, their off springs can be bigger and heavier. The different is in the quality and quantity of food.

Fish must be feed the right food of the right quantity and quality. Based on personal experiences, what the fish fry consumed determine the quality of the fry. What is the right food? It is good if we can give them what they normally have in the wild ie moina, daphnia, rotifer, copepode, etc. However, these by it self will not be enough since in the wild, only the toughest will survive ie 5-6 percent of the egg and in many cases and usually the carnivorous fish such as marble goby or wallago attu (tapah) maybe .05% will survice, while in the hatchery, we want all fry to survive and grow well.

The answer is to provide the fry with extra or formulated food. To buy commercially available food for fry and factor it into the selling price of fry in Malaysia, it will make it not a worth while exercise. The alternative is home made fortified formulated food. For me, the fish fry must have some basic ingredient in their food eventhough some variation will be needed to suit the biological requirement of different type of fish. All fish will need 1. protien to grow, 2. vitamin and mineral, and 3. carbohydrate and fat for energy. In the wild, item no 2 is what normally missing and this is the item that must be added to any formulated or unformulated food given to the fish. And for me who have no formal education in fishery, the most convenient way to fortified the for for the fry is using baby formula. Baby formula have all the vitamin and mineral needed by the fry to grow and survive into good healthy fish. You might add some fish oil in the form of scotch's fish emulation for good measure. Even for grow out of fish, vitamin and mineral for baby formula can be used as supplement as sometime, to buy the actual vitamin and mineral is quite expensive and difficult to get.

end of file

April 23, 2009

perjumpaan rakan rakan penternak di Sg Petani.
















March 31, 2009

rumah terbuka di pusat pembenihan di sg petani

salam semua,

Dibawah inisiatif rakan rakan dari bicara jutawan, satu hari terbuka akan di adakan di kolam saya di Kg bukit Kecik pada 5/4/09 dari jam 11 hingga 3 petang. Organizer ialah saudara Jazman 019-4445876. Silakan ke kolam kami dan bertemu ramah dengan para penternak yang dah lama menternak ikan air tawar di samping bertemu pegawai pegawai jabatan perikanan.

salam