November 14, 2013

Sangkar ikan


Antara kerja kerja rutin yang penting ialah memantau keadaan yang di sangkut kerakit. Setiap dua minggu setiap sangkar akan di angkat dan di pereksa jika terdapat kebocoran yang boleh menyebabkan ikan terlepas keluar walau pun kebocoran hanya satu mata pukat. Kebocoran boleh di akibatkan oleh hentakan kayu yang di bawa air, pukat di gigit ketam,atau pukat telah mereput terutamanya pukat yang tidak ada UV treatment.



November 10, 2013

gotong royong membaik pulih titi (jeti) di Teluk Bayu (teluk Air).

Satu gotong royong oleh penguna salah satu jeti di Teluk Bayu telah dijalankan pada hari ini lepas untuk membaik pulih titi (jeti) tersebut. Ramai yang hadir. Tahniah.



kursus ternakan ikan ketutu dan lain lain ikan

Kursus ternakan ikan ketutu telah berjaya di jalankan pada 9/11/13. Selepas perbincangan panjang lebar, semua peserta merancang untuk menternak ketutu dalam sangar. Untuk tujuan itu, kami telah pergi melawat teknik membuat dan menternak ikan marin dalam sangkar yang saya usahakan dalam di Sg Merbok. Semua peserta juga mencuba tiram segar yang di ternak. yum yum.