April 30, 2014

farm animal

salam, these are some of the birds that I have on the farm other than the wild one which include cobra, bird snake, toads, all king of birds, iguana, cats, and all kind of lizard. On occasion a lost tortise. These birds do lay eggs and I not buy egg for the last year as we can collect some and sell some.




This lady is sacruficing her social life to incubate a cluck of communal egg ie some of hers and from 2 other birds.

durian belanda

salam,

saya ada menanam 9-10 batang durian belanda. selepas 9 bulan ada yang berbungga tapi tak lekat. pada penghujung musim kering ini ( hujung mac, 2014), beberapa putik mula menukar diri kepada buah durian belanda yang biasa di lihat di jual di pasar. Saya paparkan transformasi tersebut.


 putik
 muls kembang




putik buah


buah


buah

 eof

kelulut (stingless bees)

salam,

banyak yang telah saya baca tentang teknik membanyakkan koloni kelulut. Salah satu teknik ialah secara perpindah berkumpulan.  Saya telah mencuba dua dari koloni lama yang saya ada.  Teknik yang saya buat ini berjaya membawa satu kumpulan kelulut ke sarang baru dan terus membuat madu. Selepas 3 minggu, masih belum ada tanda puteri baru masuk kedalam sarang baru dan saya berharap dalam masa terdekat akan ada puteri baru masuk kesarang baru dan mula bertelur dan mengeluarkan drone baru sebagai pekerja memunggut madu.

koloni asal (induk)

koloni baru, madu dah ada setengah kotak ( dalam 500-600gm)
eof

haruan ( snake head)

salam.

saya mula memunggut benih haruan liar (channa striata) pada tahun lepas sekitar bulan julai-ogos 2013. benih haruan ini di saring dan di asuh beberapa kali sebelum di ternak untuk besar pada masa bersais 6 inci. Hari ini selepas 8-9 bulan, kumpulan pertama bersais 300-500 gm sebanyak 20kg berharga rm12 sekilo  mula di jual kepada peraih dari pasar besar Kepala Batas. Untuk jualan runcit, ikan ini di jual pada harga RM18 sekilo. Pembeli sekitar kepala batas dan sg petani di alu alukan.


eof

April 29, 2014

ambik udang

salam,  Ini adalah percubaan pertama saya dalam membela udang putih.  Benih udang putih di masukkan kedalam kolam bersais 10k kaki persegi pada kadar 100k pada 14 hb Januari, 2014. Pada hari ini, udang itu telah di tangkap untuk di jual. Lebih kurang 600 kilo telah di jual pada kadar 100ekor sekilo pada harga rm24 sekilo. hasih ada lebih kurang 300-400kilo yang masih belum di jual. Ada sesiapa nak beli udang di sekitar SP.









eof