February 24, 2008

Jelawat Seluang

Jelawat seluang atau sultan yee adalah sejenis ikan carp asli Malaysia. Ianya juga terdapat di Indonesia dan Thailang ( Sungai Mekong). Perbezaan antara jelawat Malaysia dan Thailand ialah Jelawat Malaysia berwarna puteh perak dan badannya lebih sasa dan boroi. Jelawat dari Thailand mempunyai warna merah pada ekor dan ridip bawahnya. Ikan yang telah dikahwinkan selalunya mempunyai kesan merah tersebut pada ridip bawahnya walaupun ianya telah hidup liar di sungai seperti contoh ikan di bawah yang ditangkap di Sungai Slim Perak. Bagaimana pun beberapa specimen sebelum ini ada yang tidak mempunyai kesan merah tersebut. Ikan jelawat baka Thailand juga mempunyai badan yang lebih bulat dan mulutnya lebih kepada bentuk mulut kap rumput. Mulut ikan Jelawat yang dari Sungai Pahang adalah lebih runcing dari yang dari Sarawak. Ikan jelawat seluang ini cuma ada di Sungai Pahang, Sungai Bernam, dan Sungai Perak di Semenanjung Malaysia. Sungai Rompin dan endau tidak ada ikan ini.

Specimen jelawat seluang kacukan yang saya pelihara mempunyai kesan merah di ekor dan ridip bawah tetapi apabila besar, kesan merah di ekor akan hilang dan tinggal cuma kesan di ridip bawah sahaja. Jelawat dari Sungai Slim, Perak. Lihat mulutnya yang lebih bulat dari jelawat Sg Pahang di bawah. Juga terdapat kesan merah di ekor dan ridip bawah. Bagaimana pun sisiknya adalah berwarna puteh berkilat dan selepas mati beberapa ketika sisik sebelah atas bertukar kewarna keemasan seperti ikan kap rumput sungai.



Jelawat Sungai Pahang

Jelawat Sungai Pahang. Yang belakang tu kacukan. Lihat kesan merah di hujung ridip belakang. Warna mata ikan jelawat Sungai Pahang ialah hijau.
Harga ikan dari sungai pahang pada masa ini adalah RM200-RM400 mengikut saiz dan musim. Sebagai makanan, ikan ini jika terlampau besar, dagingnya boleh jadi liat. Satu dari empat, ikan yang liar mempunyai daging yang liat atau loko.


No comments: