December 16, 2008

ternakan ikan puyu

Ikan puyu nampak seperti ikan paling mudah di ternak kerana kebanyakan penternak merasakan bahawa ikan ini tahan (tough), susah mati, air breather, dan boleh makan apa saje. Bagi saya tiga perkara perlu di ambil kira jika kita menternak puyu.

1. pada masa ikan ini baru masuk kedalam kolam pembesaran, ia harus di beri makan secukupnya ia itu 20 peratus dari berat badan dan di beri 4-5 kali sehari. Lebih baik jika kita boleh sediakan makan sentiasa dalam kolam ternakan seperti perut ayam rebus yang tidak dihancurkan atau ikan keli besar yang tidak di potong potong. Ikan puyu pada masa ini adalah amat kanibalistik dan yang besar akan memakan yang kecil sehingga ternakan boleh kurang ke kadar lebih dari 50%. Waktu makan 4-5 sehari perlu di lakukan selama 2-3 minggu pertama.

2. ikan puyu betani jauh lebih besar dan lebih cepat besar dari puyu jantan. jika rajin, gred lah ikan selepas sebulan dan buang puyu jantan yang selalunya agak kecil dan panjang. walaupun di ternak sehingga 6 bulan , puyu jantan susah besar dan susah nak di jual.

3. puyu boleh makan apa saja kerana ia jenis omnivour. tapi jika kita ternak puyu betina, ia memerlukan jumlah lemak dan minyak yang lebih dari ikan ikan lain kerana ia cuba menyimpan lemak sebanyak mungkin untuk bertelur.

Harga ladang ikan puyu pada ketika ini ialah antara rm8-10 sekilo pada sais 5-8 ekor sekilo.

oef

2 comments:

Anonymous said...

suatu info yan amat berfaedah! terimakasih tuan haji, moga di berikan taufik dan hidayahNYA. amin

slm acai

mohd.razmi@yahoo.com said...

A'kum tuan haji..sy mie dr selangor..
palet utk mknn ikan perlu diberikan mngikut usia ikan..cnthnye high protein utk anak ikan..tp bagaimana cara nak pastikn gred palet yg perlu utk ikan tersebut?adakah terdapat label2 tertentu pada produk mknn ikan tu cthnye tertulis gred A-high protein utk palet tu?

lagi satu soalan..bagaimana nk hindarkn pnyakit?ubat apa yg diperlukan?