October 25, 2009

pembenihan keli kampung

salam,


Untuk pembenihan keli kampung kami mengunakan cara semula jadi iaitu ikan yang di suntik akan di satukan selepas 10 jam dan ke pisahkan selepas 4 jam. Kadang kadang jadi, kadang kadang tidak. Ini mungkin kerana kualiti induk liar yang kami gunakan. dalam pada itu, apa yang terjadi kepada ikan puyu juga terjadi pada keli kampung. Ikan keli kacukan afrika boleh tahan dalam air yang agak panas sehingga 36 oC tanpa masalah.

Untuk mengatasi masalah ini, kami asuh ikan keli kampung didalam bilik tetasan sehingga satu inci (2-3 minggu) sebelum memasukannya kedalam kolam simen yang mempunyai air sedalam 3 kaki. Berbeza dengan pendapat ramai bahawa air yang dalam akan menyukarkan ikan bernafas ke atas, kajian kami mendapati benih keli ini lebih suka kepada air yang dalam tersebut di samping air dapat di pantau dengan lebih senang dan air juga lebih stabil. Tiada pertukaran air yang perlu (kolam kami menyimpan 40-50 tan air) untuk masa yang lama. Beberapa pukat orkid hitam juga di lampir atau di gantung di dalam kolam. benih keli suka untuk bersantai di bawah dan di tepi pukat ini kerana keadaannya yang gelap.






Benih ikan masa asuh di bilik tetasan di beri makan moina hidup dan beku dan sedikit fish meal yang di lekatkan di dinding sementara didalam kolam simen, kami memberi makan fish meal bercampur susu tepung dan di tampal ke dinding kolam. Dalam pada itu, ikan juga di beri pellet katak dari siam. selepas 30 hari ada ikan ini secara purata adalan antar 1-2 ini. dalam pada itu ada juga yang 2-3 inci. Pemeantauan kami juga mendapati, rega keli kampung tidak makan sesama sendiri atau cannabism tidak terdapat antara rega keli kampung. Pada masa ini, benih yang sedang di besarkan ada dalam 5-6 ribu ekor dan ini akan di besarkan untuk menjadi generasi F1 induk kami.

eof

1 comment:

mr.azka said...

salam
saudara hanafiah

tahniah kerana berjaya kuar benih keli kampung, ini jarang hatchery malaysia nak buat.

cuma nak tau, berapa lama pembesaran benih ini sehingga dituai.

mr.azka