Showing posts with label kelulut. Show all posts
Showing posts with label kelulut. Show all posts

May 2, 2014

kelulut

salam,  beberapa kenalan mengatakan terdapat banyak sub species kelulut dan setiap satu menpunyai  perangai yang berlainan. Mereka berpendapat semua ini dapat dikenal pasti dari bentuk dan warna serombong pintu masuk ke sarang koloni. Saya masih cuma memahami perkara ini termasuk perangai ( garang  atau baik ), warna kepak, warna badan, jumlah madu, dan rasa madu. mari kita lihat serombong masuk kelulut yang saya ternak.

yang ni malas buat madu dan cengge
 malas juga dan cengge


rajin buat madi dan tak cengge


yang di dari koloni yang sama di atas tapi telah di pindahkan dengan teknik swamming

rajin buat madu

 cengge dan penakut. belum ada madu lagi

rajin buat madu dan ramai drone

rajin dan cengge



rajin tapi slow


rajin dan banyak madu

Sarang madu baru

 lembab tapi baik

 baik tapi malas.
 eof

April 30, 2014

kelulut (stingless bees)

salam,

banyak yang telah saya baca tentang teknik membanyakkan koloni kelulut. Salah satu teknik ialah secara perpindah berkumpulan.  Saya telah mencuba dua dari koloni lama yang saya ada.  Teknik yang saya buat ini berjaya membawa satu kumpulan kelulut ke sarang baru dan terus membuat madu. Selepas 3 minggu, masih belum ada tanda puteri baru masuk kedalam sarang baru dan saya berharap dalam masa terdekat akan ada puteri baru masuk kesarang baru dan mula bertelur dan mengeluarkan drone baru sebagai pekerja memunggut madu.

koloni asal (induk)

koloni baru, madu dah ada setengah kotak ( dalam 500-600gm)
eof

December 28, 2013

stingless bees

salam, Koloni kelulut yang ada di keliling rumah telah mula membuat madu. Mungkin dalam masa seminggu dua lagi hasil boleh di ambil kerana sekarang musim pokok buah berbunga.




December 14, 2013

hobi baru

salam, la ni saya telah mendapat hobi baru ia itu menternak kelulut. Seorang rakan yang menderita overactive tyroid telah memakan madu ini untuk tiga bulan dan sekarang darah beliau telah ada iodine semula. Ada rakan memberi 5 koloni untuk saya ternak dan pungut madu. Saya juga sedang dalam proses memindahkan satu koloni yang membuat sarang dalam besi 1X2 inci yang menjadi pagar di pusat latihan beliau. Semoga saya berjaya.




Yang terngah jonggok koloni lebah ini ialah anak saya Muhamad Zaki dengan memakai cermin mata nyah silau .
eof