June 9, 2008

kapur



kapur panas untuk keraskan lumpur dan bunuh benda benda hidup sebelum masuk ikan. kapur boleh guna dalam air atau tanpa air. lepas 2 hari boleh masuk baja dan lepas 4 hari boleh masuk ikan.tea seed cake pun boleh guna juga tapi dalam air. lepas 2 minggu boleh masuk ikan. sebelum tu minyak masak dengan sabun pun elok di masokkan untuk bunoh kaboi dan anak pepatung.

mesin buat pellet












Mesin yang saya guna untuk buat pellet tengelam untuk ikan ketutu dan benih ikan keli dan tengalan/krai yang kami buat secara aruhan. mesin ini telah saya modify untuk tambah gear/pulley. kalau tak, meletup motor.








patin mekong






anak patin mekong berumor 2 tahun lebih dan berat antara 3-4 kg. bila dewasa boleh berat lebih 500kg.

ikan ubi

Ini adalah ikan ubi, bukan ikan ketutu. ikan ubi adalah true goby. cuba lihat sirip perut yang melekat dan boleh membuat vacuum suction

eof

May 8, 2008

ikan ketutu tengah makan pellet

hantu lapar
hantu lapar

hantu tengah tunggu makan
hantu tengah belasah pellet
hantu makan pellet



pellet ikan ketutu

pellet khas untuk ikan ketutu.

puasakan ikan selama 2-3 hari sebelum mula beri makan pellet. ada ikan akan makan terus, ada yang ambil masa untuk makan. beri makan waktu yang sama setiap hari.

May 7, 2008

benih ketutu

telur ikan ketutu anak ketutu berusia 18 hari


anak ketutu berusia 18 hari
gambar dari ladang rakan kami di Thailand


puyu o puyu

4 months old female and nyah puyu
saya jual benih puyu betina dan nyah

April 29, 2008

Induk Puyu mandul

Pada hari ini saya berpeluang berbual dengan seorang rakan dari Sg Besar, Selangor. Beliau adalah seorang pembeli dan penjual ikan dan benih air tawar. Antara yang menarik dalam perbualan tersebut ialah tentang pengalaman beliau untuk membuat benih secara aruhan untuk ikan puyu. Beliau berkata bahawa induk yang di suntik hormon tersebut adalah puyu baka siam yang beratnya lebih kurang 500gm. Selepas di suntik beberapa kali, puyu itu tidak mengeluarkan telur. Jadi beliau mengatakan bahawa kebanyakan puyu siam walau pun besar, ianya mandul.

Bila saya mengatakan bahawa puyu yang di suntik itu bukan mandul tetapi adalah puyu jantan yang telah di beri hormon betina supaya mempunyai bentuk badan puyu betina. Secara semulajadi, puyu betina dalah lebih besar dan anggun dari puyu jantan. Dalam gelak ketawa bahawa beliau telah menyuntik hormon bertelur kepada puyu nyah, beliau faham bahawa orang siam telah lebih kehadapan dari kita dalam arena akuakultur.

Sekianlah adanya.

PS : saya menjual benih puyu betina siam. lihat harga dalam http://dimensirebana.blogspot.com

April 14, 2008

Teknik membawa ikan

Ramai penternak menyatakan masalah mereka kepada saya. Antaranya ialah benih ikan mati dalam masa 2 minggu selepas ikan di hantar ketempat mereka untuk di ternak.Ini termasuk ikan tilapia, ketutu dan keli. Mengikut pengalaman, kematian in mengarah kepada 2-3 tiga punca.

1. penyediaan kolam yang tidak rapi menyebabkan ikan mengalami penyakit atau stress
2. tiada kuarantin atau teknik kuarantin yang salah
3. teknik pembungkusan dan teknik membawa ikan yang tidak sesuai.

Teknik pembungkusan yang sesuai untuk jenis jenis ikan adalah penting. Ikan akan mengalami tekanan yang amat tinggi semasa perjalanan. Mengunakan teknik yang betul termasuk mengunakan bekas yang sesuai,jumlah ikan yang sesuai untuk satu satu bekas dan jauh perjalanan, ubat anti biotik, ubat penenang, ais, garam, dan pengudaraan yang sesuai akan mengurangkan tekanan ini. Ikan juga mesti di kuarantin sebelum di bawa berjalan untuk menenangkannya dan mengurangkan jumlah kumbuhan yang akan terkumpul dalam bekas pembawa ikan.

Oleh itu adalah amat penting untuk kita bertanya cara agen penjual ikan tentang kaedah mereka membawa ikan agar ikan yang di hantar kepada kita tidak mati begitu saja. Dalam pada itu, penternak juga mesti mempelajari teknik menerima ikan ini supaya ikan yang di terima akan dapat diternak dengan baik.