December 24, 2010

hormon

Salam,

Salah satu isu penting dalam industri pembenihan ikan ialah hormon untuk mengalakkan ikan bertelur dan matang. Pada masa ini hampir semua penternak mengunakan hormon yang telah di sediakan oleh pembekal seperti overprim dari syndel dan overtide. Masalah yang timbul ialah 1. hampir semua ikan yang telah di cuba mengunakan hormon hormon syntetik ini ialah ikan air sejuk atau dari negeri beriklim sederhana. 2. potency atau kekuatan hormon hormon ini yang telah siap di campur dalam betuk cecair. 3 untuk hormon seperti hcg, harganya amat mahal dan terdapat banyak birokrasi untuk membelinya. 3. pelajar/tecnician perikanan juga tidak diajar teknik membancuh hormon hormon ini. 4. tidak dapat banyak kajian yang disiarkan (publish)di public domain tentang pengunaan hormon hormon ini untuk ikan ikan malaysia oleh pihak jabatan perikanan atau pihak universiti.

Untuk saya, hormon yang di gunakan ialah hormon yang di dapati dari negeri cina yang di bawa dari siam dan di dapati dalam bentuk serbuk. Dari segi harga, lhrha boleh di beli pada kadar 2mg pada harga rm 90 atau hcg pada kadar 10k iu pada harga rm95. Hcg di Malaysia pada jumlah 15k IU pada harga RM400-500. lhrha pada kadar 2mg berharga rm360.

bersambung.

No comments: