December 10, 2010

saringan ketutu

salam. Dalam menternak dan mengasuh ikan ketutu, saringan mengikut sais adalah sangat penting kerana ikan ketutu adalah jenis pemangsa yang akan memakan ikan yang sais lebih kecil darinya. Saringan boleh di buat secara visual atau mengunakan alat saringan. Saya mengunakan pukat yang berlainan sais untuk menyaring ikan. Sais pukat mengikut inci dan hun ia itu satu inci ada lapan hun.

Saringan secara visual boleh di buat jika ikan tidak banyak ia itu dalam 100 ekor, jika tidak rambang mata. Pukat di guna untuk ikan yang banyak. Pukat boleh diguna berlapis lapis mengikut keperluan. Yang penting ikan di dipaksa untuk berpindah dari satu lapisan atau pukat ke lapisan seterusnya untuk menghindar ikan tercedera. saringan tanpa paksaan akan mengambil masa dalam 5-6 jam.

Ikan yang cedera semasa saringan amat mudah di serang kulat dan bakteria. Untuk tujuan memulihkan ikan yang cedera, kami mengunakan malicite green (3 ppm), acriflavin (3ppm) dan copper sulfite (8ppm). Air juga ditukar setiap hari. Rawatan akan mengambil masa 2-3 minggu dan banyak anak ikan akan mati semasa rawatan.

No comments: