March 5, 2015

Hormon ikan

Salam semua. Sudah lama tak update blog ni sebab ada bertukar angin sikit. Sekarang saya berjinak jinak menanam atau menjaga orkid hutan.

Dalam kita membuat pembenihan ikan khasnya ikan ketutu, salah satu input yang penting ialah hormon yang dapat meransang ikan betina bertelur dan ikan jantan mensenyawakan telur itu. Saya kerap mengunakan kombinasi hormon lhrha atau luteniziang hormne releasing hormone A dan HCG. Hormon in selalunya datang dalam bentuk bercampur minyak atau kering. Berdasarkan pengalaman,hormon dalam bentuk cecair berminyak agak tidak sesuai untuk ikan ketutu yang mempunyai otot yang gebu. Selalunya jika saya mengunakan hormon yang telah tersedia, ikan akan mengalami luka yang teruk di tempat di suntik walaupun bekas tempat di suntik telah kami sapu ubat anti septic dalaam bentuk Acriflavin. banyak juga ikan yang terkorban sebab kita tidak kawal jumlah hormon bagi setiap jumlah yang di suntik. Oleh itu saya suka mengunakan hormon kering yang di cairkan mengunakan saline solution kerana kita boleh mengawal kadar kepekatan hormon berbanding cecair (carrier) yang di guna untuk menyuntik ikan. Salah satu komponen penting dalam perkara ini ialah saya suka mengunakkan ikan yg kurang dari 500 gm sebagai induk untuk mengurangkan jumlah hormon yang di gunakkan.

eof

No comments: