Showing posts with label ikan tengalan. Show all posts
Showing posts with label ikan tengalan. Show all posts

September 16, 2009

induk ikan

Harta terpenting untuk satu satu pusat pembenihan ialah induk berkualiti. Penyediaan induk adalah antara kerja kerja yang penting dan rumit kerana tanpa pengurusan induk yang baik, agak sukar untuk mengeluarkan benih berkualiti. Induk boleh di dapati dari punca liar atau punca ikan yang di ternak. Ikan ikan tempatan, benih liar boleh di cari, tetapi untuk ikan mendatang seperti keli afrika/rusia, tilapia, dan patin, induk datang dari kolam.

induk krai (puntius daruphani)


induk jelawat puteh

induk tengalan (puntius bulu)
Untuk kami, semua induk yang di gunakan adalah yang di ternak dari kecil sama ada dari punca liar atau punca ternakan. pada masa ini antara induk yang kami ada ialah keli afrika/rusia, keli kampung, puyu bendang, puyu air payau/siam, sepat siam, patin buah, krai, tengalan,tapah tilapia merah/hitam, dan pating mekong. Ada induk yang sudah matang, kecuali induk tapah dan patin mekong.




Untuk menjadi induk, ikan mesti di pilih dengan baik dan di beri makan makanan yang sesuai. Ini termasuk vitamin dan sebagainya. Pemilihan ikan yang sesuai untuk di jadikan induk adalah berdasarkan pengalaman dan ini selalunya dilakukan secara percubaan dan kesilapan (trial and error). Pengalaman ini juga adalah harta kedua yang penting dan pengalaman ini bertambah secara semula jadi semakin lama kami beroperasi. Itulah sebabnya pusat pembenihan yang berjaya selalunya yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun dalam bidang ini. Jika setakat setahun dua, masih banyak yang perlu di pelajari.
eof

April 8, 2008

Kuarantin benih ikan

Kenapa kita kena kuarantin benih ikan yang baru sampai ke kolam kita.

1.Ikan penat – kena segarkan
2.Ikan luka luka – kena rawatkan
3.Ikan bawa parasit – kena hilangkan
4.Ikan terkejut – kena tenangkan

Lain ikan mempunyai cara yang berlainan dan tempuh masa yang berlainan untuk tujuan kuarantin. Setiap penternak juga mempunyai cara yang berbeza dalam melakukan kuarantin. Tetapi semua penternak berpengalaman akan melakukan kuarantin tanpa mengira sama ada benih atau ikan yang hendak di ternak itu ikan liar atau ikan dari hatchery. Pengalaman mengajar supaya kuarantin di buat supaya ikan yang dibawa masuk akan dapat hidup dengan baik dan sihat.

Pengalaman pahit saya ialah mempercayai ikan yang dibawa oleh pembekal sudah siap di kuarantin dan boleh di campur dengan ikan lain. Akibatnya ialah saya kehilangan 8 -9 ribu ikan tengalan ikan telah di ternak lebih setahun termasuk ikan krai yang di bawa masuk sebanyak 5 ribu ekor. Oleh itu, ikan baru mesti di kuarantin sebelum di ternak.