Showing posts with label marble goby fry. Show all posts
Showing posts with label marble goby fry. Show all posts

October 28, 2015

saringan

assalamualaikum, 

baru habis membuat saringan ke atas anak ketutu yang di tetas pada bulan Jun, 2015 yang lepas. Anak ikan ini secara purata adalah bersais 2.5 ke 3.2 inci. Kami akan memulakan proses memberi makan daging ikan hancur untuk pembesaran seterusnya. Saringan di buat mengunakan alat saringan bersais 3mm sehingga 8mm. ikan seberat 5-7gm sekor secara purata.

Anak ketutu dalam 300 ekor


 
 
Peralatan saringan yg di gunakan

eof

July 22, 2013

benih ketutu

Kami membuka tempahan untuk jualan benih ketutu 1-1.99 in pada harga RM2 sekor dan 2-3 inci pada harga RM3 sekor. Jualan adalah melalui tempahan kerana ikan perlu di puasakan sebelum boleh di bungkus untuk penghantaran. Kami tidak membuat penghantaran. Bagaimanapun penghantaran melalui bas boleh di buat tetapi ikan tidak di jamin.Jumlah minima 200 ekor. Ambil sendiri di Sg Petani Kedah. Sila talipon 0192710431. Semua benih adalah keluaran pusat pembenihan kami.


Our marble goby fry are open for booking and sale. All frys are from our hatchery and frys can be collected from our farm in Sg Petani during office hour. No add hoc purchase as fish must be prepared for travelling ie fasting for 24 hours. Fry size is at 1-1.99 inch at RM2/piece or 2-3 inch at RM3/piece. Minimum purchse is at 200 pieces. To get our fry please call 0192710431 (haji hanafiah) during office hour. Some deposit is required for purchase above 500 pieces and full payment on delivery.

eof

October 27, 2010

anak ikan ketutu

salam,

Kami telah menyaring dua kolam pada hari ini dan mendapat lebih kurang 4 ribu anak dalam sais 1 inci. Terdapat 5 ekor yang telah bersais 2-3 inci. Benih ini berusia sekitar 2 bulan dan akan di asuh sehingga 3-4 inci sebelum ternak untuk pembesaran. Pada masa ini mereka di beri makan nyamuk dan cacing sutera yang di perkayakan. Dalam pada itu, ikan ikan ini akan mula diberi makan pellet yang dibuat dari isi ikan kembung supaya ikan akan dapat menerima makanan yang tidak bergerak.


eof

August 21, 2010

anak ketutu

Salam, gambar benih ketutu yang baru menetas (kurang dari 12 jam).






eof