December 16, 2008

ternakan ikan puyu

Ikan puyu nampak seperti ikan paling mudah di ternak kerana kebanyakan penternak merasakan bahawa ikan ini tahan (tough), susah mati, air breather, dan boleh makan apa saje. Bagi saya tiga perkara perlu di ambil kira jika kita menternak puyu.

1. pada masa ikan ini baru masuk kedalam kolam pembesaran, ia harus di beri makan secukupnya ia itu 20 peratus dari berat badan dan di beri 4-5 kali sehari. Lebih baik jika kita boleh sediakan makan sentiasa dalam kolam ternakan seperti perut ayam rebus yang tidak dihancurkan atau ikan keli besar yang tidak di potong potong. Ikan puyu pada masa ini adalah amat kanibalistik dan yang besar akan memakan yang kecil sehingga ternakan boleh kurang ke kadar lebih dari 50%. Waktu makan 4-5 sehari perlu di lakukan selama 2-3 minggu pertama.

2. ikan puyu betani jauh lebih besar dan lebih cepat besar dari puyu jantan. jika rajin, gred lah ikan selepas sebulan dan buang puyu jantan yang selalunya agak kecil dan panjang. walaupun di ternak sehingga 6 bulan , puyu jantan susah besar dan susah nak di jual.

3. puyu boleh makan apa saja kerana ia jenis omnivour. tapi jika kita ternak puyu betina, ia memerlukan jumlah lemak dan minyak yang lebih dari ikan ikan lain kerana ia cuba menyimpan lemak sebanyak mungkin untuk bertelur.

Harga ladang ikan puyu pada ketika ini ialah antara rm8-10 sekilo pada sais 5-8 ekor sekilo.

oef

November 30, 2008

kecederaan di kolam

Tidak dinafikan kecederaan boleh berlaku di mana mana termasuk di kolam ternakan. Oleh itu amat penting untuk mempunyai satu peti kecemasan di kawasan kolam untuk persediaan masa kecemasan. Dalam pada itu beberapa jenis ubat di kolam boleh di guna sebagai ubat antiseptik dan antibiotik. Antaranya ialah acriflavin sebagai antibiotik dan antiseptic, otc atau oxytetracycline sebagai anti biotik, hydrogen peroxide dan cooper sulphide sebagai antiseptic dan anti kulat, potassium permanganate sebagai anti septic dan anti kulat dan garam sebagai anti septik.

kerja kerja menyaring ikan

Ikan yang di punggut akan di saring mengikut sais. Ketepatan alat saringan adalah antara 80-95% mengikut kepakaran penyaring.




eof

cat untuk kolam ikan


Cat yang boleh di gunakan untuk kolam ikan adalah cat food grade. Antara cat yang pernah saya gunakan ialah cat epoxy dari Nippon paint bernama ea 9.

November 10, 2008

salinity meter/auto feeder




anabas sp/ puyu



penyakit yang selalu menyerang puyu terutamanya dalam ternakan yang mempunyai kepadatan yang tingi.

hanneguya shaharini/marble goby parasite




siap ada sauh. itu pasal dia di panggil anchor worm. parasit ini kalau dah masuk ke insang ikan, susah nak keluar.


ketutu jantan betina

ketutu jantan/male marble goby
ketutu betina/female marble goby


eof

October 29, 2008

Air lift

Marbled goby contrary to popular believe is not an air breather like the snakeheads. As such the water in the grow out pond needed to be oxygenated. Using small pump will always lead to malfuction due to something stuck in the pump. Using air stone and air pump will not get the water to move. Thus the solution is to use air lift. There are many design of air lift. We choose the simple air lift as the picture show. The movement of the air and water will kept the water material in the middle (vortex) where it is much easier to siphon off.




The float helps to keep the elbow above water.







The airlift in action.






eof