November 27, 2007

Benih ketutu

Beberapa hari lepas saya telah mendapat 15kg benih ketutu dari para pengedar benih. Untuk pengetahuan pembaca saya lebih suka membeli benih secara timbang dan bukan sekor sekor kerana ini adalah lebih adil. Apa yang ingin saya paparkan ia lah bagaimana saya menjaga benih ikan yang baru sampai.

Sebelum ikan sampai, kami akan menyediakan beberapa tong dengan air yang bercampur sedikit garam. Pump di guna untuk menjalankan air atau membuat air pancut. Air hendaklah di simpan kira kira 24 jam sebelum di masukkan ikan. Tujuannya ialah untuk menyah sebarang bahan beracun yang mungkin ada dalam air seperti chlorine, amonia, dan besi.

Selepas di timbang, ikan dimasukkan ke dalam tong mengikut kepadatan yang di perlukan.dalam masa beberapa minit kita akan dapat kenal pasti ikan yang tidak berapa baik. Antara tanda tanda tersebut ialah : 1. ekor lurus ( sakit mati ekor), timbul (sakit kembong), terbalik (dah nak mati) mulut terbuka (dah nak mati) mata puteh ( sakit mata).

Jumlah ikan yang mati dan sakit tidak patut menyangkau 20% dan seelok eloknya 10% sahaja. Jika lebih 20% terdapat masalah semasa ikan ini di kendalikan sebelum di hantar. Kadang kadang trader tak ambil peduli sangat tentang keadaan ikan tersebut. Oleh itu kita sebagai pembeli mesti mendapat jaminan tentang ikan tersebut seperti jaminan 24 jam ie jika ada ikan yang mati dalam masa 24, penjual akan mengantinya.

Ikan yang telah dimasukkan kedalam tong akan di beri tenangkan dalam keadaan yang gelap dan senyap. Sedikit potassium permagnate di masukkan kedalam air. sehelai daun ketapang pun boleh di masukkan untuk menstabilkan ph air. Air yang di masukkan hanya lebih kurang 6-8 inci sahaja.

Dalam masa 24 ikan akan stabil dan paling lama ialah 48 jam. Jika ada yang nak mati, inilah masa nya. Ikan hanya di beri makan selepas 72 jam di bawa masuk. Jika ada ikan yang masih mati selepas 48 jam dan jumlah yang banyak, treatment mesti di buat termasuk menambah garam dan potassium. Untuk penternak yang telah biasa, formalin mungkin boleh menolong.

1 comment:

HANAFIAH ABDUL RAHMAN said...

update ; ikan k22 yang mati office ialah 8 ekor atau 750 gm kilo sementara selepas di hantar ke sp ialah 7 ekor atau 750 gram. jumlah semua 1.5 kg atau 10%. okey lah tu. ikan semua dan mula makan selepas puasa dari hari sabtu lepas.

eof