July 11, 2008

ikan puyu, anabas testudineus,climbing pearch

Ini adalah benih ikan puyu yang telah diberi makan yang mengandungi estrogen pada jangkamasa sebulan. harga estrogen pada waktu ini ialah sekitar rm300 segram. anak ikan ini adalah lebih kurang 35 hari dan panjang antara 1-2 inci.

Oleh kerana semasa ikan ini kecil ia diberi makan makanan yang baik, ikan ini agak susah mati jika di bawa berjalan. Kadar pembesaran ikan ini ialah 7-8 ekor sekilo dalam masa 3-4 bulan di ternak. Makanan awal adalah berprotien tinggi dan selepas empat puloh lima hari guna makanan biasa. makanan dalam kolam tanah pada kadar 15% dari berat badan dan dalam kolam buatan pada kadar 20% dari berat badan sehari untuk 45 hari dan 5-7% dari berat badan selepas itu.

2 comments:

Ikemen said...

salam Haji, what is the purpose you feed the anabas with testosterone?

is it to alter their hormonal content to be more female-like?

Ikemen said...

salam Haji, what is the purpose you feed the anabas with testosterone?

is it to alter their hormonal content to be more female-like?