July 7, 2008

pembenihan secara aruhan

Pembenihan ikan ketutu secara semula jadi adalah amat mudah. Induk dimasukkan ke dalam kolam tanah yang telah di baja dan ikan akan bertelur secara semula jadi. Boleh mengutip anak ikan ketutu selepas enam bulan. Bagaimanapun, peratusan tetasan dan yang membesar ke sais yang boleh di ternak adalah pada kadar kurang dari 1 peratus. Ini adalah data dari FAO mengikut pengalaman di Thailand.

Kadar peratusan tetasan mengunakan teknik aruhan sehingga anak menjadi 1 inci ialah lebih kurang 9 %. Peratusan ini boleh meningkat dengan memperbaiki teknik pengasingan atau grading semasa ikan masih di dalam kolam asuhan sebelum di masukkan ke dalam kolam pembesaran. Peratus hidup dalam kolam pembesaran ialah 70%. Kadar ini tinggi kerana makanan yang di beri ketika ikan dalam koma asuhan menolong ikan membesar dengan cepat dan baik. jumlah keseluruhan peratusan hidup dari telur ke sais 5-6 inci ialah lebih dari 6%. Ini adalah lebih tinggi dari pembenihan ikan kerapu yang pada purata hanya boleh dapat 1-2% sahaja.

1 comment:

Unknown said...

Saudara, tahniah diatas kejayaan saudara dalam bidang akuakultur. Khasnya dalam pembiakan/ penetasan ikan ketutu. Adalah dipohon senarai harga mengikut jenis ikan, saiz & harga dalam blog ini agar pengusaha-pengusaha lain mendapatkan maklumat. Terima kasih.