February 8, 2009

masalah katak dan berudu dalam kolam pembenihan dan ternakan

Salam,

Kami mempunyai masalah untuk menyah katak dan berudu di dalam kolam tanah yang akan di masukkan rega keli yang berumor 5 hari. Pukat tiga lapis yang di letak keliling kolam tidak berjaya mengekang katak dari masuk dan bertelur dalam kolam. Beruduk yang telah berkaki dan katak boleh makan dengan banyak anak benih keli yang akan di masukkan ke dalam kolam itu nanti. Satu usaha yang kami buat ialah mengunakan kapor dan tea seed kaki tapi masih ada katak.

Akhirnya kami di nasihat untuk mengeringkan kolam sekurang kurangnya sehari dan ini akan dapat menangani masalah tersebut. Oleh kerana kolam kami di tengah kawasan bendang dan punca air ialah mata air serta tanah di kawasan kolam ialah lumpur berpasir, untuk mengeringkan kolam adalah satu masalaha. Untuk kolam berukoran seratus kaki kali 60 kaki dengan kedalaman air 3 kaki, satu pam air 10 hp mengambil masa 12 jam untuk mengeringkan air. Oleh kerana lantai kolam berpasir, semua anak katak dan berudu telah dapat di keluarkan. Selepas 6 jam, air di masukkan semula dan selepas 24 jam anak benih keli di masukkan. Air yang di masukkan ialah air hijau dari kolam sebelah yang telah di ternak dengan moina. Moina tambahan juga di masukkan untuk menjadi makanan awal rega ikan keli walaupun anak telah di asuh selama 4 hari sebelum itu dengan memberi makanan moina hidup dan beku.

Kesimpulan, benih di asuhan dalam kolam asuhan di diberi makan moina selama 4-5 hari sebelum masuk kedalam kolam tanah yang telah di keringkan sebelum memasukkan air yang di takung selama 24 jam.

eof

No comments: