Salam semua,
Musim kering dah mula di pantai barat dan dah nak mula di pantai timur. Pada musim ini selalunya suhu siang agak tinggi dan suhu malam agak rendah. Air juga mula berkurangan. perkara perkara ini menjadi tekanan kepada ikan terutamanya kepada benih ikan. Wabak seperti ulser dan bengkak insang pada ikan keli/haruan, kurap pada ikan puyu akan mula timbul. Pelbagai penyakit juga akan timbul pada masa ini termasuk perubahan ph dan do level yang drastik dari waktu siang dan malam.
Oleh itu, bila beli benih terutamanya dari siam, berhati hati kerana wabak bengkak insang agak menjadi jadi di sana. Ini adalah di sebabkan oleh parasit. Walaupun ikan nampat baik masa ambil, penyakit itu akan timbul selepas tiga hari. Ikan akan mati secara mendadak dalam jumlah yang besar. Ubatnya ialah garam 2-3 ppt dan famolin industrial strength pada 12-20ppt selama tiga hari untuk membunuh benih parasit dari cyst yang baru menetas. Dipterex 1 gram letak dalam 1 kg makanan selama tiga hari (sekali sehari) boleh juga di buat tapi selalunya cara ni saya guna untuk ikan ketutu sebab anak keli dah sakit susah nak beri makan. Cara memasukkan ubat ini mudah untuk yang buat makanan sendiri. Untuk yang guna pellet, mungkin dengan cara guna ethanol boleh di gunakan.
EOF
No comments:
Post a Comment