February 17, 2009

sakit ikan keli

Salam

Sila baca nota ini dengan posting lama tentang penyakit yang sama

A. Sakit white spot ini selalunya berlaku pada ikan yang di beri makan perut ayam yang tak di rebus. Jumlah ikannya juga agak banyak ia itu lebih dari 10 satu kaki pada. Saya rasa ia di sebabkan oleh keadaan air yang sangat kotor dan selalunya dalam kolam yang mana airnya tidak mengalir. Ikan yang kena white spot ni jarang mati tapi di tak makan, jadi dia boleh bantut. Ubat traditional yang orang utara/siam guna ialah labor tahi lembu dalam kolam. ubat yang kami syor ialah 1. tukar air sebanyak 70-80 peratus, 2. masukkan famolin pada kadar 12-15ppt dan garam 3 ppt (untuk bunuhkuman dalam air), 3. antibiotik untuk luka pada badan ikan - acriflavin atau otc (oxytetraxycline).

Untuk sakit bengkak belakang insang, ianya ialah satu jangkitan parasit yang dibawa bersama benih ikan dari siam yang menyerang nadi di belakang insang tersebut. Selalunya tanpa rawatan, ikan akan mati pada kadar 90-100%. rawatan yang kami syorkan ialah famolin 20 ppt dan garam 3 ppt untuk 3 hari berturut. untuk ikan baru, kurantin cara yang sama sebab telur parasit ini akan menetas dalam masa 3 hari. Ada kawan dari yan yang guna getah dari sejenis akar kayu. saya akan cuba update tentang treatment cara tradisional ini nanti.

salam

No comments: