January 3, 2008

Fatt lim, gahak dan bilut

Bilut, sengarat dan gahak adalah ikan ikan yang dalam bahasa Cantonese di panggil Fatt Lim atau tapah puteh. Tapah dalam bahasa Cantonese ialah Lim Yee dimana yee ialah ikan. Bagi orang Melayu ketiga tiga ikan ini adalah berlainan. Di sini saya paparkan dua dari ikan tersebut ia itu bilut dan gahak. Gahak juga di panggil Ma tai yee ia itu ikan kaki kuda kerana bila diletakkan ikan ini dengan kepala ke bawah dan ekor ke atas, ia nampak seperti kaki kuda.

bilut


Perbezaan antara bilut dan sengarat ialah bilut mempunyai badan yang lebih lurus dan kurus sementara mempunyai badan yang lebih lebar. Kepala bilut lebih panjang sementara sengarat agak pendek. Sengarat jarang dijumpai lebih dari sekilo sementara bilut ada yang sampai 3-4kilo.

Gahak







eof

No comments: